Presiden PMUM, Fahmi Zainol Dihadapkan Ke Tatatertib UM Pada Hari Ini...Jangan Lupa Yer ANWAR Akan Membantu Nanti

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol akan dibicarakan atas sembilan pertuduhan kerana disyaki terlibat dalam perhimpunan haram sempena pidato Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diadakan di Dataran Tunku Canselor 27 Oktober lalu.

Fahmi akan dihadapkan ke Lembaga Tatatertib Universiti Malaya (UM) bersama lapan pelajar yang lain dalam satu prosiding yang akan bermula pada pukul 9 pagi, Jumaat.

"Saya akan menghadiri prosiding dihadapan Lembaga Tatatertib Universiti Malaya di Mahkamah Universiti Malaya bermula pukul 9 pagi esok.

"Saya pernah menghantar surat penangguhan prosiding bagi membolehkan kami membuat persediaan atas faktor kekangan masa, namun ia tidak dilayan oleh pihak universiti. Oleh itu, saya akan hadir prosiding esok," katanya kepada mStar Online melalui aplikasi WhatsApp pada Khamis.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata peguam luar tidak dibenarkan hadir dalam prosiding esok, justeru itu dia dan lapan rakan lain akan hadir dan memberi keterangan sementara pensyarah akan menjadi peguam bagi pihak mereka.

Jumaat lalu, Ketua Unit Media dan Korporat UM, Izzad Zalman Abd Kader dilaporkan berkata, Fahmi antara sembilan yang didapati terlibat dengan perhimpunan haram yang diadakan di universiti berkenaan pada 27 Oktober lalu.

Izzad Zalman dipetik sebagai berkata pihak UM telah mengenal pasti Fahmi terlibat dalam perhimpunan tersebut melalui rakan kamera litar tertutup (CCTV).

Fahmi yang merupakan pelajar tahun akhir daripada Fakulti Sastera dan Sains Sosial bersama lapan mahasiswa yang lain akan dihadapkan ke Lembaga Tatatertib berdasarkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 serta mengikut Perlembagaan Universiti.

Sementara itu, Fahmi yang merupakan pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam berkata dia masih menerima biasiswanya seperti biasa tanpa sebarang tindakan lain daripada jabatan berkenaan.

Dalam insiden 27 Oktober lepas, kira-kira 300 belia termasuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang terdiri daripada penyokong Anwar merempuh masuk pintu pagar UM pada 9.20 malam untuk acara pidato Ketua Pembangkang 'Program 40 Tahun Dari Universiti ke Penjara',  yang dijadualkan berlangsung di Dataran Dewan Tunku Canselor.

Program tersebut bagaimanapun tidak mendapat kebenaran daripada pihak UM dan berikutan itu pasukan keselamatan telah mengunci pintu pagar utama universiti berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana