PM luah perasaan mengenai Selangor...akui UMNO masih lembab

Kegagalan Barisan Nasional menawan balik Selangor nampaknya masih membuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ‘ tak senang duduk’.
Malah beliau mengakui tidak ada apa yang paling mengembirakan dirinya selain BN berjaya berkuasa balik di negeri itu.

Beliau meluahkan rasa hatinya itu ketika berucap merasmikan Konvensyen UMNO Selangor di Pusat Dagangan Dunia Putra Sabtu.

Serentak dengan itu Najib juga mengakui UMNO Selangor masih lembab dalam usaha untuk memenangi hari rakyat di negeri itu.

Perdana Menteri meminta maaf depan hadirin yang sesak dalam dewan itu kerana beliau terpaksa mengakui hakikat ini.

Katanya beliau perlu berterus terang dan jujur dalam hal ini.

"Kita masih lembap lagi. Saya tengok angka, saya ingin katakan kita masih lembap lagi. Kenapa tak tambah pengundi... tambah ahli UMNO?," kata beliau."Prestasi kita tak berapa menggalakkan lagi. Bangkitlah kita daripada keadaan ini.

Dengan semangat baharu saya akan bantu UMNO Selangor untuk mencapai kejayaan," katanya.

Sejumlah 2,000 peserta antaranya terdiri daripada kepimpinan UMNO peringkat bahagian, anggota Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO, Kelab Veteran UMNO, dan Majlis Bekas Wakil Rakyat Selangor menghadiri konvensyen kali ini.

Turut menghadiri konvensyen yang diadakan buat pertama kali dalam hampir 10 tahun itu ialah Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar.

Najib menghuraikan dari 54 kerusi Dewan Undangan Negeri pada PRU11,BN tinggal 20 kerusi pada PRU12 dan merosot lagi hingga 12 kerusi saja pada PRU13.

Perdana Menteri berkata beliau UMNO perlu rasa malu untuk terus disebut sebagai pembangkang di negeri itu.

Untuk memastikan BN tidak kecundang buat kali ketiga masa pilihan raya umum ke 14 nanti Najib mahu UMNO Selangor buat ‘reality check’ dan berubah sepenuhnya dari segi strategi,hala tuju dan pendekatan.

Najib menggariskan tiga realiti yang perlu UMNO Selangor terima, iaitu kedudukan UMNO sebagai pembangkang di Selangor, kedudukan strategik Selangor sebagai pusat sosio-ekonomi yang rancak dan hakikat ia perlu berusaha menawan sokongan pengundi bandar serta semi bandar.

Katanya mereka harus memikirkan hal-hal yang ‘ di luar kelaziman’.

Beliau menilai tanpa perubahan yang menyeluruh sukar bagi UMNO dan BN tarik balik sokongan.

"Kalau tak mengubah strategi, hala tuju, pendekatan dan mindset apakah kita boleh harapkan outcome (hasil) yang berbeza.

"Kita perlu tunjuk kepada rakyat Selangor bahawa kepimpinan UMNO lebih baik, lebih bermakna, lebih jujur pada rakyat, lebih mementingkan perjuangan untuk membela nasib rakyat," katanya.

Baginya Pakatan Rakyat Selangor kini berdepan dengan macam-macam cacamarba ekoran dari Langkah Kajang baru-baru ini hingga rakyat naik fed up.

Katanya UMNO harus ambil peluang dari kelemahan itu.

Beliau juga memberi contoh mengenai ding dong Pakatan Rakyat mengenai isu projek air Langat 2 hingga ia sangkut selama empat tahun dan menyusahkan.

Perdana Menteri menyifatkan Selangor adalah sebuah negeri strategik yang penting dari segenap segi untuk negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana