PKR takut berpolitik bersendirian tanpa PAS dan DAP?

Pimpinan DAP nampaknya kini sudah sedia bersemuka dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mendesak beliau menyatakan pendirian parti itu Islam itu berhubung keahliannya dalam Pakatan Rakyat.

Sebab itu, DAP kelihatan teruja dan ghairah mahu Haji Hadi menghadiri mesyuarat Majlis Presiden pakatan itu yang akan datang. Bagi DAP dalam PAS, Hadi adalah pembuat keputusan tertinggi dan mungkin juga muktamad.

Rentetan krisis pemilihan Menteri Besar baru Selangor sebagai natijah projek Langkah Kajang PKR, DAP sampai tergamak mengeluarkan kenyataan ia tidak boleh bekerjasama politik dengan parti yang “cakap tak serupa bikin”.

DAP juga tergamak mengumumkan bahawa ia lebih bersedia untuk memperjuangkan cita-cita politiknya beersendirian daripada bersekongkol dengan parti yang tidak menghormati prinsip politik kerjasama.

Umum tahu bahawa semua pernyataan politik DAP itu bukanlah satu kepura-puraan dan ia sememangnya ditujukan kepada PAS.

Lantaran itu, DAP nampaknya hampir hilang sabar dan mula menunjukkan nada mencabar agar Haji Hadi sendiri tampil dalam mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat dan menegaskan sikap dan pendirian PAS.

Namun Hadi kelihatan tidak gusar dengan sindiran dan cabaran DAP itu. Beliau memberi  bahawa mutakhir ini beliau kurang sihat dan perlu banyak berihat. Rekod perubatannya memang membuktikan beliau bercakap benar.

Untuk beberapa minggu beliau menjalani rawatan di Turki. Beliau terpaksa menerima rawatan perubatan di negara pemimpin ulung Islam hari ini, Recip Erdogan, ketika melaksanakan tugasnya sebagai seorang Naib Presiden Persatuan Ulama Sedunia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana