PKR Memang Rakus....Faekah dakwa Khalid dipaksa letak jawatan MP Bandar Tun Razak...

Selepas dua bulan melepaskan jawatan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa dirinya diganggu ahli PKR Cabang Bandar Tun Razak yang dikatakan mendesaknya supaya melepaskan kerusi Parlimen itu.
Pegawai Khas kepada Abdul Khalid, Faekah Husin dalam berkata, timbul tohmahan terbaru oleh ahli cabang berkenaan yang kelihatan ghairah mahu menyingkirkan beliau.

Faekah bagaimanapun tidak mendedahkan bentuk tohmahan yang dilemparkan terhadap Abdul Khalid dalam kenyataannya itu.

"Tidak cukupkah dengan tohmahan jahat selama ini, diikuti pula dengan pemecatan beliau dari parti hingga membawa kepada Abdul Khalid melepaskan jawatan menteri besar Selangor?" katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kenyataan sama, Faekah turut menempelak Menteri Besar Mohamed Azmin Ali yang dianggap tidak segan silu mengumumkan penstrukturan semula air perlu disegerakan selain menyalahkan kerajaan Persekutuan yang dikatakan mahu melewat-lewatkan proses berkenaan.-3/11/2014

BERIKUT KENYATAAN PENUH FAEKAH

 PKR PERLU HENTI SIKAP RAKUS DAN JAHAT TERHADAP TAN SRI KHALID  

Pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu berhenti mengganggu Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) meneruskan khidmat kepada rakyat sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak ( BTR ) dan ADUN Pelabuhan Klang.

Ini berikutan tohmahan terbaharu ahli PKR Cabang BTR yang nampaknya ghairah mahukan TSKI  melepaskan kerusi Ahli Parlimen BTR. Saya menggesa pimpinan PKR di semua peringkat khususnya di BTR supaya menghentikan sikap rakus dan jahat mereka terhadap TSKI. Tidak cukupkah dengan tohmahan jahat selama ini, diikuti pula dengan pemecatan beliau dari parti hingga membawa kepada TSKI melepaskan jawatan MB Selangor?

Setelah hampir dua bulan disingkirkan, tidak ada satu pertuduhan dan buktipun yang mampu dimajukan sama ada oleh PKR mahaupun pihak berkuasa. Dalil puluhan muka surat yang dahulu kononnya mengandungi salahlaku TSKI kini terus dilupakan setelah TSKI tersingkir, dihina dan diaibkan. Kita masih ingat antara tuduhan ke atas TSKI adalah isu penstrukturan air yang dikatakan mempunyai agenda dengan UMNO serta projek KIDEX yang memberi konsesi kepada peguam UMNO.

Akhirnya, hari ini Menteri Besar baharu Selangor tanpa segan silu mengumumkan bahawa penstrukturan semula air hendaklah dipercepatkan dan menyalahkan kerajaan Persekutuaan yang dikatakan mahu melewat-lewatkan proses. Beliau turut mengumumkan projek KIDEX akan diteruskan kerana mampu memperbaiki keadaan lalulintas. Bukankah pemegang konsesi KIDEX masih peguam UMNO? Atau sudah bertukar dalam dua bulan ini? Atau mungkinkah peguam Umno tersebut telah isytihar menyokong PKR mahupun DAP? Sudahkah pihak berkepentingan dan mendapat ganjaran hasil penstrukturan air dikenalpasti sebagaimana arahan pimpinan tertinggi PKR? Berapa ratus juta yang berjaya dipunggah oleh kroni TSKI melalui proses penstrukturan tersebut?  Rakyat kini terpinga-pinga bagaimana dalam sekelip mata isu besar yang digembar-gemburkan tersebut berkubur dan semua keputusan yang diambil TSKI semasa menjadi MB diakui secara senyap dan tanpa rasa malu oleh PKR.

Perlu  juga ditekankan bahawa status TSKI selaku Ahli Parlimen Bebas adalah hasil dari kerakusan pimpinan PKR yang telah memecat beliau secara jahat, tidak berhemah dan keji. Tidak cukup dengan itu, kerajaan Selangor pimpinan PKR telah menghentikan peruntukan Ahli Dewan beliau di Pelabuhan Klang dan dua pegawai DUN dipecat walau masih mempunyai kontrak dengan kerajan negeri. Ini jelas menunjukkan kerajaan Selangor hari ini gagal melihat pentadbiran negeri hendaklah diasingkan dari perjalanan parti hatta terlalu fokus untuk mematikan karier politik TSKI.

Sekarang ada pihak pula yang mendesak beliau untuk melepaskan kerusi Parlimen BTR sedangkan TSKI yakin dapat meneruskan khidmat secera efektif walau sebagai Ahli Parlimen bebas. PKR sesungguhnya terhalang dari segi moral untuk mengkritik mahupun mengulas kedudukan TSKI yang kini Ahli Parlimen Bebas. Biar rakyat BTR yang menentukan kedudukan TSKI pada pilihanraya akan datang.

Setelah berehat selama 2 minggu bersama keluarga, TSKI telah turun ke kawasan BTR dan PK untuk berbincang dengan beberapa ketua komuniti di sana untuk meneruskan khidmat kepada rakyat yang telah memilih beliau melalui proses pilihanraya yang sah.

Alhamdulillah, ramai telah menawarkan khidmat bantuan dan kesediaan untuk bersama TSKI bagi memastikan kebajikan rakyat tidak terabai. Rakyat hari ini mampu melihat keikhlasan seseorang pemimpin dalam melakukan sesuatu mahupun tatkala mengungkapkan kata-kata. Di BTR, beliau telah pun membuka pusat khidmat rakyat; manakala di Pelabuhan Klang, pejabat baharu di Bukit Tinggi telah pun dibuka.

Tindakan PKR memecat TSKI tidak akan menghalang TSKI untuk terus bersama rakyat lantas telah mulai bergerak melalui badan bukan kerajaan (NGO). TSKI bersama beberapa teman mulai 15 November ini akan memulakan aktiviti "Sajian Rakyat" - satu NGO yang akan menyediakan makanan kepada komuniti setempat sebagai platform untuk bertemu dengan rakyat.

Ditegaskan bahawa TSKI komited untuk meneruskan pelbagai inisiatif dan aktiviti sebagai wakil rakyat dan PKR - satu parti yang kononnya memperjuangkan keadilan untuk semua - perlu berhenti dari amalan politik kebudak-budakan, tamak dan melampaui batas.

FAEKAH HUSIN
PEGAWAI KHAS KEPADA ADUN PELABUHAN KLANG DAN MP BANDAR TUN RAZAK

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana