PKR DESAK KHALID IBRAHIM LEPASKAN JAWATAN AHLI PARLIMEN DAN ADUN !

Selepas dua bulan melepaskan jawatan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa dirinya diganggu ahli PKR Cabang Bandar Tun Razak yang dikatakan mendesaknya supaya melepaskan kerusi Parlimen itu.

Pegawai Khas kepada Abdul Khalid, Faekah Husin dalam satu kenyataan berkata, timbul tohmahan terbaru oleh ahli cabang berkenaan yang kelihatan ghairah mahu menyingkirkan beliau.Faekah bagaimanapun tidak mendedahkan bentuk tohmahan yang dilemparkan terhadap Abdul Khalid dalam kenyataannya itu.

“Tidak cukupkah dengan tohmahan jahat selama ini, diikuti pula dengan pemecatan beliau dari parti hingga membawa kepada Abdul Khalid melepaskan jawatan menteri besar Selangor?” katanya.
Dalam kenyataan sama, Faekah turut menempelak Menteri Besar Mohamed Azmin Ali yang dianggap tidak segan silu mengumumkan penstrukturan semula air perlu disegerakan selain menyalahkan kerajaan Persekutuan yang dikatakan mahu melewat-lewatkan proses berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana