Permohonan Gereja Katolik semak semula haram guna "Allah" didengar 21 Januari

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menetapkan 21 Januari tahun depan untuk mendengar permohonan Gereja Katolik untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan gereja untuk merayu pengharaman Kementeria Dalam Negeri penggunaan perkataan “Allah” dalam terbitan mingguannya, Herald.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Nor Aziati Jaafar menetapkan tarikh itu ketika pengurusan kes berkenaan dalam bilik hari ini.

Peguam kanan persekutuan Andi Razalijaya A. Dadi yang mewakili Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan berkata, mahkamah mengarahkan semua responden (kementerian dan pencelah terdiri daripada enam majlis agama negeri dan Persatuan Muslim Cina Malaysia (MCMA) untuk mengemukakan affidavit jawapan terhadap permohonan kajian semula gereja menjelang 8 Disember ini.

Beliau berkata, gereja sebagai pemohon dan para responden juga dikehendaki mengemukakan hujah secara bertulis menjelang 7 Januari, tahun depan.

Peguam James Lopez mewakili gereja manakala peguam Tajuddin Razak mewakili MCMA dan juga pertubuhan peguam bagi Terengganu, ISCIL.

Peguam Mohd Fasha Mustafa pula mewakili Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan juga Majlis Agama Islam Selangor serta menyebut bagi peguam dari Melaka dan majlis negeri Johor.

Pada 19 September lalu, Gereja Katolik mengemukakan permohonan kajian semula terhadap keputusan majoriti Mahkamah Persekutuan menolak permohonan gereja untuk merayu kesnya di Mahkamah Persekutuan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana