Perhimpunan Agung UMNO akan bincang Akta Hasutan...Baguslah

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2014 pasti akan membincangkan Akta Hasutan 1948 yang menjadi polimek hangat ekoran desakan dikalangan bekas pegawai tinggi kerajaan, ahli politik dan badan-badan bukan kerajaan yang rata-rata mahu akta tersebut dikekalkan serta ditambahbaik.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan bahawa akta tersebut mesti melalui proses pemerkasaan berlandas empat tunjang utama iaitu agama Islam, bangsa, Raja-Raja dan bahasa Melayu.

“Akta itu kita telah dapat pelbagai maklum balas, kita tidak berkompromi dan pertahankan empat tunjang yang termaktub di dalam perlembagaan,” jelas Hishammuddin pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Penyediaan Usul Majlis Kerja Tertinggi (MKT) di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang Isnin.

Menjelas lebih lanjut, Hishammuddin memberitahu samada akta Hasutan itu sesuai dikekalkan sebegitu rupa atau perlu diperkasakan dengan cara lain samada melalui dengan pindaan kekalnya akta dengan penambahan akta baru, menghapuskan akta sediada dengan memperkenalkan akta baru atau dibuat pindaan dan juga tambah dengan akta baru.

“Pendekatannya pelbagai tetapi pokoknya ialah roh dan semangat dari segi empat tunjang yang termaktub dalam perlembagaan yang juga tunjang perjuangan UMNO dan kita tidak boleh lari dari tanggungjawab kita sebagai ahli serta pemimpin UMNO,” tambah beliau.

Sementara itu pada PAU yang bermula pada 25 November ini sebanyak 755 usul diterima daripada 191 bahagian UMNO untuk dibahaskan.

Hishammuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyediaan Usul MKT berkata, jumlah itu membabitkan 638 usul untuk rujukan dan 117 usul tanpa bahas.

Menurut beliau, daripada jumlah usul untuk rujukan itu, 81 usul berkaitan pindaan perlembagaan parti, 87 usul politik, 67 usul ekonomi, 74 usul agama, 170 usul sosial, 121 usul pendidikan dan 38 lagi, lain-lain usul.

Turut hadir, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau juga memaklumkan pihaknya sudah menerima senarai jurucakap daripada setiap negeri yang akan membahas usul pada perhimpunan berkenaan.

Bagaimanapun Hishammuddin menjelaskan tidak semua jurucakap yang dipilih berpeluang membahaskan usul, namun kuota pembahas bagi mewakili negeri, sayap, Kelab UMNO Luar Negara serta mahasiswa masih ada dan akan dikekalkan.

Beliau juga menjelaskan mengenai penubuhan pasukan khas atau ‘task force’, ianya khusus untuk meneliti dan menyemak usul bagi membolehkan semua usul dibangkitkan di peringkat bahagian dijawab segera.

Menurutnya, pasukan diketuai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin itu mempunyai jalinan kerjasama erat dengan kementerian serta agensi kerajaan dan ia sudah pasti membantu dalam menyegerakan urusan melaporkan perkembangan serta kemajuan usul yang dibangkitkan bahagian.

“Ini adalah sebahagian daripada usaha pimpinan untuk menjadikan UMNO lebih inklusif dan demokratik,” katanya.

Pada sidang media itu juga Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu bahawa UMNO belum memuktamadkan tempoh khusus untuk mengadakan perhimpunan khas bagi meminda Fasal 3 perlembagaan parti tersebut.

Tengku Adnan memberi jaminan pindaan itu akan tetap dilakukan untuk memastikan penekanan diberi terhadap agama Islam.

Pindaan itu antara lain katanya, akan menyatakan dengan lebih jelas amalan agama Islam mengikut Al-Quran dan sunnah dalam perlembagaan UMNO.

“Ia belum lagi diputuskan bila akan dibuat, mungkin pada perhimpunan kali ini, kita putuskan untuk adakan perhimpunan khas atau pada perhimpunan akan datang.” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana