PENYERAHAN BIBLE: TAHALUF SIYASI YANG MAKAN DIRI

upacara penyerahan semula Bible kepada Persatuan Kristian oleh Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

Menariknya, upacara tersebut dibuat pada hari Jumaat, di hadapan Mufti Negeri Selangor, disaksikan oleh DYMM Sultan Selangor dan di Istana Selangor.

Secara simboliknya, bertepatan sebagaimana teori sebelum ini yang mendedahkan, Azmin Ali akan memastikan DAP-Kristian menang ke atas Islam di Selangor, telah terbukti.

Upacara yang berlaku hari ini memberi simbol dan petunjuk bahawa Islam, Melayu dan Istana telah menyerah kalah seluruhnya kepada DAP-Kristian yang digerakkan menerusi Persatuan Kristian dan Gereja walaupun sebenarnya mereka sebenarnya hanyalah berselindung di sebalik agama Kristian bagi mencapai maksud politik mereka yang lebih besar.

Rancangan DAP-Kristian seterusnya selepas ini ialah untuk memastikan mereka bebas berbuat apa-apa sahaja di Selangor dan seluruh Malaysia tanpa perlu menghiraukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Penghalang utama sekarang adalah Menteri Besar.

DAP dalam rancangan mega mereka, merancang mahu menggantikan Menteri Besar Selangor dari kalangan Melayu-Islam kepada Melayu-liberal. Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor yang meletakkan atau mewajibkan Menteri Besar dilantik dari kalangan orang Melayu dan beragama Islam, akan cuba dibuang.

Jikalau tidak berjaya, DAP akan memastikan kumpulan ADUN-ADUN bukan beragama Islam, mesti mengatasi jumlah yang beragama Islam. Manakala Ahli-Ahli Majlis PBT pula, akan didominasi sepenuhnya oleh kumpulan mereka.

DAP-Kristian mempunyai tempoh sepanjang tiga tahun untuk merealisasikan perkara tersebut. Mereka telah berjaya dalam hal BIBLE dan sedang hampir berjaya untuk KALIMAH ALLAH. Tidak mustahil dalam tempoh tiga tahun ini, DAP berjaya mencapai keseluruhan rancangan mereka.

Malangnya umat Islam kita masih tak sedar diri .... masih percaya pada Tahauf Siyasi yg makan diri

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana