Penjara Mainan Saya - Anwar...Kah Kah Memang Layak Pun

KUALA LUMPUR 14 Nov - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan sudah biasa dengan hukuman penjara dan digantung dari tugas sebagai wakil rakyat.

“Digantung (tugas) dan dipenjara sememangnya mainan saya,” kata Anwar semalam.

Kenyataan tersebut dikeluarkan Anwar sebagai mengulas tindakan Ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah untuk merujuk beliau dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan diatas tuduhan mengelirukan Dewan Rakyat.

Katanya, dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia digesa memberi ruang agar ia dibahaskan pada Dewan Rakyat memandangkan melibatkan soal negara.

“Kita khuatir kerana jika isu 1MDB dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, ia akan dibahas dalam keadaan yang tertutup,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini. Yang turut hadir, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa.

Semalam, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memberitahu bahawa beliau telah merujuk Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di bawah Peraturan Mesyuarat 36 (12) dan 80A kerana tuduhan mengelirukan Dewan Rakyat berhubung isu 1MDB.

Sebagai tindak balas, Shamsul Anuar juga telah menyediakan satu usul sama ke atas Anwar dan Tony selepas Ketua Pembangkang itu mendakwa Projek 3B adalah projek RM3 bilion diperoleh 1MDB melalui rundingan terus.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengecam pencerobohan terbaharu tentera Zionis terhadap Masjid Al-Aqsa.

Katanya, sebagai negara yang bakal mempengerusikan ASEAN, Malaysia sepatutnya ke hadapan dalam membantah perkara tersebut selaras dengan kefahaman universal agar rumah ibadat itu tidak diganggu-gugat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana