Penghasut Memang Tidak Suka Akta Hasutan

Apakah tujuan adanya Akta Hasutan? Kenapa ada orang yang takut dengan Akta Hasutan? Kenapa mereka mahu hapuskan Akta Hasutan?

Jawapan mudah mungkin kita guna analogi sebegini:

Akta574-Seksyen3971. Kita ambil contoh Akta 574 (Kanun Keseksaan). Dan kita baca pada Seksyen 397 yang berbunyi:

Akta574-Seksyen397
Jika pada waktu melakukan atau mencuba melakukan rompak, pensalah itu bersenjatakan atau menggunakan apa-apa senjata maut, atau menyebabkan cedera parah kepada mana-mana orang, atau mencuba menyebabkan kematian atau cedera parah kepada mana-mana orang, maka pensalah itu bolehlah dikenakan sebat …

2.  Bagi kita, orang awam, sudah pasti kita akan merasa perlunya ada peruntukan undang-undang yang boleh menangkap serta menghukum orang yang mungkin merompak serta mencederakan kita atau ahli keluarga kita.

3. Tetapi bagi seorang yang KERJANYA merompak atau BERNIAT untuk merompak, sudah pastilah dia tidak senang dengan adanya peruntukan undang-undang yang menyekat kebebasannya untuk melakukan jenayah.

Maka, di dalam masyarakat yang aman damai sudah pastinya kita semua mahukan sesuatu kawalan undang-undang yang boleh menyekat penjenayah melakukan sebarang rompakan dan mencederakan kita. Sudah pasti dengan adanya peruntukan sedemikian akan terasa kebaikan undang-undang atau akta sedemikian.

Sudah pasti akan berlaku pertembungan antara masyarakat awam yang ramai yang mahukan kedamaian dengan segelintir penjenayah atau bakal penjenayah yang tidak selesa dengan adanya sekatan yang boleh mengganggu NIAT JAHAT mereka untuk melakukan sesuatu jenayah ke atas kita. Sudah pastilah penjenayah dan bakal penjenayah ini akan salahkan kita yang menyokong Akta tersebut, pihak penguatkuasa yang menangkap mereka dan para hakim yang akan menghukum mereka.

Mana ada penjenayah suka dengan sekatan sedemikian. Mana ada penjenayah suka polis tangkap mereka. Mana ada penjenayah suka hakim yang menghukum mereka.

Dengan senario analogi mudah sedemikian maka mudahlah untuk kita faham mengapa ada segelintir kecil yang amat tidak suka dengan Akta Hasutan? Barulah mudah kita hendak faham sikap mereka. Apakah mereka ini PENGHASUT, bakal menghasut, berniat untuk menghasut …? Atau mungkin paling tidak – mereka suka melihat penghasut menghasut dengan hasutan-hasutan jahat?

Penghasut-antiAktaHasutanKita panggillah mereka ini PRO-HASUTAN!

Jika mereka kata mereka mempunyai 112 NGO yang bersama menyokong GERAKAN PENGHASUT atau PRO-HASUTAN, maka beritahu mereka ada ribuan penjenayah yang kini ditahan dalam penjara dan ribuan lagi penjenayah yang belum dapat ditangkap. Dan beritahu juga kepada mereka ada lebih dari 112 kumpulan kongsi gelap yang melakukan jenayah dan pelbagai kesalahan lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana