Penduduk Mahu Kerajaan Selangor Datum Jelatek Dikaji Semula

Sekumpulan penduduk Taman Keramat hari ini menyerahkan memorandum kepada kerajaan Selangor mendesak projek pembangunan Datum Jelatek di taman itu dihentikan.

Memorandum itu diserahkan kepada Setiausaha Akhbar kepada menteri besar Radzi Razak ketika mereka berkumpul secara aman di hadapan pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini.

Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek Mohd Salehuddin Abdul Samad berkata penyerahan memorandum itu adalah langkah terakhir penduduk untuk memohon Menteri Besar Mohamed Azmin Ali membatalkan projek pembangunan hartanah elit berkenaan.

“Projek hartanah itu memberi ancaman kepada penduduk, ini kerana projek kondominium mewah yang dijangka dibangunkan di kawasan tersebut turut dibuka kepada bangsa asing dari Singapura, Taiwan dan Indonesia.

“Kami tidak menghalang pembangunan ini sekiranya kerajaan negeri melaksanakan projek pembangunan mampu milik untuk penduduk asal kawasan berkenaan.

“Mereka terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu.

Projek Datum Jelatek yang bermula pada 2008 di atas tapak seluas 2.4 hektar di sebelah Stesen LRT Jelatek, melibatkan pembangunan empat blok bangunan kondominium mewah, hotel, pejabat dan pusat membeli-belah.

Pembangunan hartanah itu dilapor akan diteruskan pada akhir bulan ini selepas ditangguhkan sementara sebelum ini berikutan bantahan penduduk.

— BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana