Pendengaran Tatatertib Fahmi Zainol 9 Disember Ini...Biarkan Dihukum Sekeras kerasnya

Orang macam ni tak boleh dibiarkan merosakkan bangsa dan kaum dinegara kita ini.

KUALA LUMPUR 19 Nov - Jawatankuasa Tatatertib Pelajar Universiti Malaya (UM) akan memanggil Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol 9 Disember ini bagi menghadiri pendengaran kes pelanggaran disiplinnya diatas penganjuran ceramah melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Fahmi selaku penganjur ceramah itu dikehendaki hadir pada sesi pendengaran selepas jawatankuasa tersebut menyerahkan notis prosiding, semalam.

Pengerusi jawatankuasa, Prof Dr Zanariah Abdullah menerusi notis kepada Fahmi menjelaskan sembilan pertuduhan yang dikenakan kepada Fahmi telah dipinda kepada lapan pertuduhan.

Fahmi bersama lapan pelajar UM dituduh mengadakan perhimpunan haram di kampus UM selepas pihak universiti melarang daripada mereka berbuat demikian.

Menurut fakta kejadian, pihak UM telah menutup pagar utama utama universiti yang kemudiannya dirempuh penyokong Anwar.

Beberapa ketika kemudian, sebuah kenderaan membawa Anwar bersama Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail serta Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar memasuki perkarangan UM.

Ceramah tersebut dihadiri kira-kira 2,000 pelajar dan aktivis.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana