Pemuda Umno sambut baik amaran 'Do or dead' TPM

KUALA LUMPUR: Seruan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya parti itu melakukan perubahan drastik terhadap pandangan rakyat negara ini diterima secara positif oleh pemimpin-pemimpin Umno.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata kebanyakkan perincian ucapan Muhyiddin menggambarkan keseluruhan hasrat yang ingin disampaikan Pemuda pada persidangan sayap itu, esok.

"Tidak ada apa-apa saya tidak setuju dnegan ucapan Timbalan Presiden tadi. Banyak yang disampaikan beliau mewakili pandangan orang muda yang dirasai dan dikongsi oleh pemuda.

"Mengenai tanggapan orang muda, respon dari Pemuda begitu baik sebabnya ucapan pada malam ini sebahagian besar daripada ucapan itu mewakili harapan dan pandangan orang muda kepada Umno," katanya yang ditemui media selepas perasmian Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bertajuk "Merekayasa Perubahan Mendepani Zaman" di Dewan Merdeka di PWTC malam ini.

Khairy seterusnya mahu ahli-ahli parti dan sayap itu menghayati apa yang disampaikan pemimpin mereka, supaya segala tanggapan tidak elok terhadap parti berkenaan dapat ditangkis.

Di dalam ucapannya, Muhyiddin turut menyeru supaya citra Umno secocok dengan jiwa anak muda dan profesional Melayu serta generasi muda di kota dan desa jika ingin melihat parti itu menjadi parti masa depan.

Malah, katanya, langkah peremajaan Umno perlu dilakukan dengan memberi peluang tenaga muda yang berkebolehan dan berkelayakan dan menyeru pemimpin lama memberi peluang kepada orang muda dan berundur jika menjadi liabiliti kepada parti.

Tambah Timbalan Perdana Menteri itu lagi Umno tidak ada banyak masa untuk menunggu perubahan berlaku sebaliknya menggesa ahli merekayasa perubahan.

Sementara itu, menyentuh gesaan pembangkang supaya Akta Hasutan 1948 , Khairy menegaskan masih ada keperluan ia dikekalkan demi kesejahteraan negara dan rakyat.

"Saya rasa semua ahli parti bersependapat bahawa kuasa Akta Hasutan itu perlu dikekalkan. Sama ada kekal, perbaiki atau penambahbaikan atau nama baru, kuasa itu pelru dikekalkan, itu jelas," tegasnya.

Hal yang sama disuarakan oleh Ketua Puteri Umno Mas Ermieyati Samsudin berhubung akta kontroversi itu, memandangkan pelbagai isu dikaitkan dengan kepentingan negara kebelakangan ini.

Bagaimanapun harus ada dasar baru yang boleh menyerlahkan lagi keperluannya untuk dipertahankan, katanya.

"Kami setuju bahawa Akta Hasutan dikekalkan. Sebagaimana Muhyiddin katakan, ada penambahbaikan dalam AKta Hasutan itu," ujar Mas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana