PEMIMPIN DAP TAK TAHU BEZA HARI KEBANGSAAN?MELAYU PUN SAMA JADI MANGKUK

Pemimpin DAP bergelar Ahli Parlimen rupa-rupanya masih tidak mampu membezakan yang mana satu sambutan Hari Kebangsaan atau Kemerdekaan dan apa bezanya pula dengan Hari Malaysia. Senario memalukan itu berlaku apabila Lim Lip Eng (DAP-Segambut) mahu kerajaan memberi lebih tumpuan kepada Hari Malaysia yang disebutnya Hari Kebangsaan, berbanding sambutan Hari Kemerdekaan kononnya demi perpaduan di seluruh negara.

Malahan beliau memperlihatkan sikap sebenar pemimpin DAP dalam soal menghormati sejarah dan menghargai kemerdekaan Malaysia apabila mendakwa kemerdekaan negara disambut pada 30 Ogos setiap tahun, sedangkan tarikh sebenar 31 Ogos.

Pada satu ketika, pemimpin DAP itu juga cuba mempolitikkan isu kos sambutan Hari Kemerdekaan dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal berkuat kuasa pada April 2015 nanti walaupun tidak relevan. Sikap itu menyebabkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tampil menempelak beliau sebagai masih keliru dalam persoalan sejarah negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana