Pembangkang Cakap Tak Serupa Bikin....Rakyat Masih Tidak Sedar Diri Lagi

Cakap tak serupa bikin. Itulah pembangkang. Apabila berjanji mereka akan berjanji selagi ada bulan dan bintang. Namun apabila tiba masanya tidak ditepati.

Dalam Islam ia dikatakan munafik. Hukuman seseorang yang munafik amat berat sekali. Tetapi dalam politik munafik itu biasa. Oleh kerana usia akal manusia pendek, maka ia mudah dilupakan. Kecualilah orang macam Awang yang suka mengungkit-ungkit kemunafikan orang.

Itulah yang terjadi kepada kerajaan DAP Pulau Pinang. Memanglah DAP ini semua orang tahu. Ia hanya mahu menang. Matlamat menghalalkan cara. Semasa pilihan raya ia berjanji tidak akan membebankan rakyat. Selepas menaikkan tarif air pada kadar 20 peratus, penduduk Pulau Pinang akan berdepan pula dengan kenaikan cukai pintu.

Perkara itu dibangkitkan ketika sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 dalam sidang DUN minggu lalu. Kenaikan itu dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri minggu depan.

Amboi, amboi sebelum ini ketika Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang menaikkan cukai sama, DAPlah yang menjadi juara lantang menghentam Kerajaan Pusat kononnya menekan rakyat. Setelah mengikuti politik Malaysia sejak sekian lama, akhirnya rakyat juga yang tertipu.

Sekurang-kurangnya, seburuk-buruk Kerajaan Pusat yang telah memerintah Malaysia selama 57 tahun, hasilnya ada. Cuma ramai yang buat-buat tak nampak.

Awang - Cakap serupa bikin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana