Pembahagian kerusi BN perlu berdasarkan 'calon boleh menang' - Khairy

“Dalam politik ini kita kena menang, kalau tak menang tak adalah kuasa.” Itu kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin merujuk pada polimek mengenai sistem mana yang sesuai untuk pembahagian kerusi parti komponen Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihanraya umum ke 14 nanti.
Beliau mahu semua pihak dalam BN kena jujur serta menerima realiti bahawa kemenangan bagi sesuatu kawasan pilihan raya amat penting bagi mengekalkan kuasa politik.

Menteri Belia dan Sukan itu diminta mengulas adanya gesaan agar sistem agihan kerusi parti komponen BN diubah dari sistem kuota yang diguna pakai sekarang kepada sistem agihan kerusi mengikut komposisi majoriti kaum.

Khairy berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri sesi 'Townhall Meeting' pada majlis Hari Terbuka Pergerakan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Sabtu.

Dibawah sistem kuota sekarang setiap parti komponen bertanding ikut jumlah kerusi yang ditetapkan dan dipersetujui bersama.Juga biasanya setiap parti komponen bertanding di kawasan yang ditetapkan.

Bagi Khairy sistem pembahagian kerusi itu perlu berdasarkan pada kaedah ‘calon boleh menang’ (winnerable candidate) tidak kira dari parti mana dan bukan mengikut komposisi kaum.

Katanya sistem kuota perlu dikekalkan bagi dijadikan panduan kerana ianya teras BN tetapi faktor ‘winnerablelity’ itu penting.

“Tidak guna kita mendukung kuota sekiranya tidak dapat calon boleh menang di kawasan tersebut,” tambah Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN Malaysia.

Sebagai contoh sekiranya mengikut kuota...kita hendak menghormati kuota maka di kawasan tertentu itu kita beri pada calon UMNO sedangkan kita tahu ianya tidak boleh menang maka kita kena beri pada calon parti yang boleh menang.

“Kita tidak letak calon berdasarkan kuota ataupun komposisi kaum tetapi letak calon berdasarkan kepada tahap boleh menang ataupun tidak,” tambah beliau.

Khairy berharap perkara ini boleh diperbincangkan secara teliti kerana ada masa tiga atau empat tahun lagi untuk hadapi PRU14.

Menurutnya ini masa terbaik untuk bermuhasabah dan bincang realitinya kawasan-kawasan berkenaan.

Sementara itu ketika menjawab soalan tentang sikap parti komponen yang tidak aktif ketika menghadapi pilihan raya, Khairy mengakui dan sedar tentang perkara itu tetapi ianya kerana parti komponen seperti MCA dan Gerakan sedang dalam proses ‘pemulihan’.

Oleh kerana keadaan masa yang semakin singkat, Khairy menyarankan agar peranan Pemuda parti komponen perlu ditingkatkan terutama di Semenanjung bagi mendampingi pengundi muda pada setiap komuniti.

“Peranan Pemuda UMNO sahaja mendekat pengundi muda Melayu tidak cukup, kalau dari komponen kaum Cina tidak ada strategi untuk dekati golongan muda dari komuniti Cina maka pada keseluruhan kita tidak dapat ‘capture’ orang muda,” kata beliau.

Khairy berkata, Pemuda UMNO akan membantu Pemuda MCA dan Gerakan tetapi proses pemulihan itu mesti disegerakan kerana tidak boleh tunggu terlalu lama kerana sekarang adalah segmen yang paling kritikal.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana