PAS...patah sayap terbang jua...Walupun DI HIna Dan DIKutuk

Kalau ada sesiapa yang terasa berdebar menunggu sesuatu berita besar muncul dari retreat dua hari pimpinan PAS di Kuala Selangor yang dikatakan hendak melakar hala tuju parti itu...elok lupakan saja.
Ini kerana seperti diduga dan sudah pun tersebar parti itu membaharui pendirian tidak akan lari dari Pakatan Rakyat.

Apa yang ditunggu cuma kenyataan media rasmi untuk mengesahkan tentang keputusan retreat dari Sabtu hingga Ahad itu saja.

Tidak ramai kalangan pemerhati politik yang cukup kenal rentak PAS menganggap retreat itu sesuatu event politik yang penting sangat.

Semua orang sudah tengok kemuncak PAS berani tunjuk garang pada rakan DAP dan PKR ialah semasa krisis Menteri Besar Selangor.

Tindak tanduknya telah berjaya menyekat Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dari mengambil tempat Tan Sri Khalid Ibrahim.

Namun ia bagai satu drama tidak ada penghujung yang menyengat.

Anti-klimaknya sudah terasa dari ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang di Muktamar PAS di Batu Pahat baru-baru ini dimana beliau mengisytiharkan PAS akan kekal dalam Pakatan Rakyat.

Asalnya ramai yang bertumpu untuk kendengar kemungkinan ada sesuatu yang meletup dari muktamar itu dalam kontek masa depan PAS dalam gabungan pembangkang itu.

Mereka yang faham politik menilai apa yang berlaku semasa krisis Menteri Besar Selangor tidak lebih dari satu 'pemberontakan' golongan ulama parti itu yang sudah lama terpendam terhadap gelagat DAP dan PKR yang dikatakan sudah mengugat jati dirinya.

Namun realitinya semua orang tahu PAS hanya ada 'kail sejengkal'.

Rasanya tidak perlu mereka hendak memerah otak brainstrorming selama dua hari dua malam kerana hakikat itu tidak akan berubah.

Parti itu terbahagi dua antara golongan yakni ulama yang mahu parti kembali kepada perjuangan asal dan puak Anwarinas yang cukup sayang dan taksub pada Pakatan Rakyat.

Diatas kertas jelas tertera golongan Anwarinas menguasai Ahli Jawatankuasa Pusat PAS.

Dalam pada itu tolak bahagi campur daraf pak haji dan pak lebai dalam parti itu cukup sedar PAS kini sangat bergantung kepada undi bukan Melayu khususnya Cina.

Atas sebab ini DAP dan juga PKR nampak sangat tidak pernah tunjuk rasa gentar dengan aksi keras kepala PAS sebelum,semasa dan selepas krisis Menteri Besar Selangor.

DAP tahu ia mempunyai kekuatan menguasai undi Cina.PKR yang duduk ditengah juga tahu ia sentiasa dapat menadah tangan dari limpahan itu atas semangat saling garu mengaru.

Sebaliknya PAS berada dalam posisi ibarat orang yang bergantung belas ihsan dari dua rakan itu.

Senang cakap tanpa undi bukan Melayu PAS akan kembali ke zaman gelapnya.

Malah ada sumber dalaman parti itu mengakui mahu tidak mahu mereka terpaksa menelan apa jua tingkah laku DAP dan PKR.

Buktinya ada di depan mata.Lihat sudah bagaimana Menteri Besar Selangor Azmin Ali jentik keluar kuota satu kerusi Exco PAS - dari empat sebelum ini tinggal tiga sahaja selepas dilantik ke jawatan itu.

Lojik akal beliau tidak mungkin akan berani potong jumlah Exco PAS jika parti itu sahih menjadi 'kingmaker' yang gah dalam arina politik Selangor.

Ini juga bukan rahsia.Contohnya seperti yang dilaporkan sebelum ini kalangan pimpinan PAS sendiri mengakui 9 dari 15 kerusi PAS di Selangor 'goyang' tanpa sokongan pengundi Cina.

Ini baru Selangor dan belum negeri-negeri lain.

PAS hanya berkuku atas kekuatannya sendiri di Kelantan.Itulah hakikatnya.

Cuma lanjutan dari retreat pimpinan PAS itu ialah bagaimana selepas ini Haji Hadi hendak 'membawa diri'.

Semua orang tahu bagaimana Presiden PAS itu merajuk sekali gara-gara krisis Menteri Besar Selangor.

Ini fakta yang tidak dapat disembunyikan lagi.

Beliau bukan sahaja tidak hadir mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat malah tidak kelihatan duduk dalam Dewan Rakyat di sebelah Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak sidang sesi ini bermula.

Paling ketara ialah beliau tidak hadir sesi pembentangan Bajet 2015.

Tempat duduk Haji Hadi dalam Dewan Rakyat ialah di sebelah Anwar.

Belum pernah Haji Hadi menyepikan diri sebegini sejak PAS bergabung dalam Pakatan Rakyat.

Kalau tidak mana mungkin pimpinan DAP termasuk Lim Guan Eng sendiri kebelakangan ini secara terbuka telah mempersoalkan ketidakhadiran Haji Hadi dalam mesyuarat-mesyuarat penting Pakatan Rakyat.

Seperti kata Setiausaha Agung DAP itu tanpa kehadiran Haji Hadi ia sama seperti PAS tidak hadir.

Beliau juga menolak anggapan Setiusaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali ketidakhadiran Haji Hadi adalah soal dalaman parti itu.

Bercakap dalam kontek satu pakatan parti apa yang dikata oleh Guan Eng itu memang ada lojiknya.

Soalnya bagaimana hendak bergabung tetapi tidak mahu kawan.

Retreat pimpinan PAS sudah buat pendirian hendak kekal dalam Pakatan.

Teropong kini menghala kepada Haji Hadi.Apakah beliau mampu kikis rasa merajuk dan kembali normal

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana