Pasma: Larangan Majlis Syura merugikan....Kerterbukaan lagiiiiii Alahai Khalid

Sejak PasMa ditubuhkan sampai skang, tak abis-abis dibelanya PasMa.. sayang betul Khalid dengan PasMa... agaknya sbb PasMa tu dikaitkan dgn Parti Anwar SeMalaysia tu pasal agaknya punca kasih sayang sebenar Khalid pada PasMa...Khalid Samad dan Phahrolrazi wajib diterajang keluar oleh PAS. PAS tidak memerlukan PasMa. Pergi jahnam dengan PasMa. Pergi 'mampus' dengan Phahrolrazi dan Khalid samad.

IPOH- “Tanpa penjelasan konkrit, saya fikir pendekatan melarang ahli Pas daripada menyertai program anjuran Persatuan Ummah Sejahtera (Pasma) adalah satu tindakan yang merugikan,” kata, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Menurutnya, larangan tanpa huraian jelas yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama Pas itu dikhuatiri akan mengundang tanggapan negatif masyarakat terhadap sikap dan prinsip keterbukaan dalam Pas.

“Ia akan memberi satu gambaran kepada masyarakat seolah-olah Pas ini tertutup dan setiap ahli Pas perlu taat  terhadap sesuatu larangan tanpa banyak soal,” katanya dalam Wacana Semasa Pas Mendepani Anak Muda, di sini, kelmarin.

Beliau berkata, tindakan Majlis Syura Ulama Pas yang melarang ahli parti daripada terlibat dengan Pasma juga dilihat kurang bijak memandangkan badan bukan kerajaan (NGO) itu diwujudkan bagi memperkukuhkan PR khususnya bagi menghadapi PRU14 nanti.

“Jika mengikut perlembagaan Pas, tidak menjadi kesalahan sekiranya ahli parti menjadi ahli mana-mana NGO malah bekerjasama dengan mereka adalah di antara kegiatan yang dinyatakan dalam perlembagaan parti,” katanya.  

Khalid berkata, Pas sewajarnya meneliti semua cadangan dan pandangan setiap pihak dalam parti sebelum sesuatu arahan itu dikeluarkan secara rasmi.

“Ada orang marah kerana pandangan saya bercanggah dengan Majlis Syura Ulama tetapi kalau kita lihat semula dari konteks keterbukaan, setiap pandangan itu perlu dipertimbangkan,” katanya.

Selain itu, katanya, setiap pemimpin Pas juga perlu berani untuk memberikan pandangan dan penjelasan yang jelas kepada ahli parti khususnya ketika mendepani isu atau masalah dalaman parti.

“Macam isu Pasma, sekiranya mereka jemput kita hadiri program yang dibuat, kita pergi dan gunakan ruang itu untuk menjelaskan segala kekusutan atau persoalan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana