PAS tetap dengan keputusan gantung Saari, Hasnul

PETALING JAYA: PAS mengekalkan keputusan menggantung keahlian dua ADUNnya iaitu, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharudin (Morib).

Perkara itu diberitahu oleh Saari dan Hasnul yang menerima surat jawapan mengenai rayuan mereka minggu lalu.

Menurut Saari, meskipun beliau digantung tugas dalam parti, tugas beliau sebagai wakil rakyat berjalan seperti biasa.

"Dalam surat tersebut memaklumkan penggantungan keahlian saya dan Hasnul dikekalkan. Apapun saya masih boleh menjalankan tanggungjawab sebagai ADUN PAS, cuma tidak boleh terlibat dengan sebarang aktiviti parti di peringkat kawasan mahupun negeri.

"Saya juga akan kekal sebagai ADUN Pakatan Rakyat (PR) dan menjalankan tanggungjawab sebagai ADUN di kawasan saya seperti biasa," katanya yang dipetik mStar Online hari ini.

Antara intipati surat yang diterima Saari dan Hasnul adalah arahan agar mereka terus istiqamah dalam jamaah dan berdisiplin.

Hasnul pula memberitahu, beliau terpaksa menerima keputusan yang telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulama walaupun dengan berat hati.

"Nak buat macam mana, saya kena terima keputusan yang telah dibuat. Dalam surat tersebut memaklumkan penggantungan tersebut kekal dan jika mengikut perlembagaan parti saya sudah tidak boleh merayu lagi," katanya.

Ditanya apakah tindakan beliau selepas ini, Hasnul berkata: "Saya tetap akan bersama PAS, kerana tujuan saya tandatangan akuan bersumpah (SD) itupun hanya untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat (PR). Selagi PAS bersama PR saya tetap akan bersama mereka."

"Saya juga akan meneruskan kerja-kerja di pusat khidmat ADUN seperti biasa kerana tidak boleh terlibat dengan aktiviti parti selama setahun," katanya.

Pada 11 Oktober lalu, Jawankuasa PAS Pusat membuat keputusan menggantung keahliaan Saari dan Hasnul selama setahun berkuat kuasa serta-merta.

Namun pada 27 Oktober, kedua-dua mereka mengemukakan rayuan terhadap hukuman berkenaan.

Kemudian, pada 2 November, Majlis Syura Ulama telah mengadakan mesyuarat berkenaan keputusan rayuan yang dikemukakan kedua-dua ADUN PAS berkenaan, bagaimanapun Setiausaha Agungnya, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh enggan mendedahkan keputusan mesyuarat yang ditelah diputuskan.

Saari dan Hasnul sebelum ini menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar ketika Selangor dilanda krisis jawatan tersebut.

Kedua-dua ADUN itu kemudiannya dipanggil oleh Jawatankuasa PAS Pusat bagi memberi penjelasan berhubung tindakan mereka menyokong pencalonan Dr Wan Azizah dan membuat kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana