PAS sanggup Jadi Balaci Dan Memberi Bantuan Kepada Fahmi...

 Pas jangka kutip derma biaya Fahmi

SHAH ALAM - Satu kutipan derma akan dilancarkan di seluruh negara jika Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menarik balik tajaan pendidikan aktivis pelajar Fahmi Zainol yang didapati terlibat dalam pidato Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Malaya.

Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, pengutipan derma tersebut akan dilancarkan demi membantu Fahmi yang merupakan pelajar di universiti berkenaan bagi meneruskan pengajiannya di pusat pengajian itu.

“Ini inisiatif Pemuda Pas untuk membantu dia (Fahmi). Setakat ini kami masih tidak bincang dengan rakan PR yang lain. Tetapi mereka (biasanya) ada usaha dan cara mereka tersendiri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Aktivis Fahmi Zainol, kini berdepan risiko hilang tajaan pendidikan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kerana menganjurkan pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Malaya.

Menerusi laporan berita sebuah portal semalam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Ruziah Shafei dalam surat bertarikh 6 November berkata, tindakan Fahmi melanggar terma perjanjian biasiswa yang ditandatangani pada 2011.

Fahmi diberi tujuh hari untuk mengemukakan tunjuk sebab bertulis kenapa pembatalan itu tidak boleh dibuat dan kenapa tuntutan ganti rugi tidak boleh dibuat.

Bagaimanapun setakat ini, pihaknya masih belum menghubungi pihak JPA bagi  membincangkan status biasiswa pengajian Fahmi.

“Ini masih diperingkat perancangan kami. Kita tunggu dulu apa keputusan JPA, selepas itu baru kita buat  bincang dan buat keputusan,” jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana