PAS nak tutup buku kisah perang dingin dengan DAP...Inilah Barua Namanya...

Jika baca sekali lalu apa kata Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar nampak sangat PAS nak cepat-cepat tutup buku isu keceluparan pemimpin DAP terhadap Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Jika nak bentang kronologi kisah perang dingin PAS dan DAP ini berpunca dari mulut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mengata Haji Hadi dalam satu konvensyen DAP.
Tindakan biadap Guan Eng itu mengundang reaksi keras pemimpin PAS berbagai peringkat sehinggalah mengeruhkan hubungan antara parti itu dalam Pakatan.
Jawab menjawab itu berlaku lebih dua minggu dan pada Jumaat PAS menyifatkan isu tersebut sudah selesai dan tidak perlu dipanjangkan lagi.
Menurut Mahfuz perkara itu sudah selesai apabila satu pertemuan antara Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dengan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke diadakan kelmarin.
"Cerita ini sudah selesai, tidak perlu dipanjang-panjangkan lagi," kata Mahfuz yang disiarkan oleh organ PAS Harakahdaily.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas desakan berterusan oleh DAP sebelum ini terhadap Haji Hadi agar hadir dalam mesyuarat Pakatan.
Sementara itu, pertemuan dua pihak antara PAS dan DAP itu diadakan selepas masing-masing bersetuju membincangkannya secara 'direct'.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana