PAS Enggan Dedah Keputusan Rayuan ADUN 'Belot'

PETALING JAYA 5 Nov - Majlis Syura Ulama PAS, mengesahkan telah menghantar surat yang mengandungi keputusan rayuan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) yang digantung keahlian mereka pada hari Isnin lalu.

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Muhamamad Zawawi Nik Salleh berkata surat berkenaan telah dihantar melalui khidmat kurier oleh Setiausaha Kerja Majlis Syura Ulama parti, Syed Abdul Kadir Al-Joofree pada Isnin.

"Saya telah arahkan Setiausaha Kerja Majlis Syura untuk menguruskan penghantaran surat rayuan berhubung keputusan Majlis Syura, Isnin lalu.

"Mungkin hari ini (Rabu) atau esok surat berkenaan akan sampai di rumah mereka (dua Adun PAS)," katanya kepadamStar Online ketika dihubungi pada Rabu.

Ditanya mengenai keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura terhadap rayuan dua Adun berkenaan, Nik Muhammad Zawawi enggan mengulas sebaliknya beliau berkata terpulang kepada dua Adun berkenaan untuk mengumumkannya.

"Tanyalah kepada mereka...Jika mereka tidak puas hati mereka boleh kemukakan rayuan kepada Majlis Syura kembali," katanya.

Sementara itu, Saari ketika dihubungi mengesahkan sehingga kini, beliau masih belum menerima surat jawapan daripada Majlis Syura Ulama berhubung keputusan yang dibuat oleh badan itu dalam mesyuarat yang diadakan Ahad lalu.

Dalam nada bergurau beliau berkata: "Mungkin keputusannya baik sebab itu surat saya kena 'hijack'. Apa pun saya mengharapkan keputusan yang terbaik."

Selain itu, Hasnul turut mengesahkan sehingga kini beliau belum menerima sebarang surat daripada Majlis Syura Ulama.

"Saya masih tertunggu-tunggu juga surat daripada Majlis Syura Ulama, sehingga kini masih belum terima. Mungkin awak tahu apa keputusannya? Boleh beritahu saya," katanya dalam nada bergurau.

Pada 11 Oktober lalu, Jawankuasa PAS pusat membuat keputusan menggantung keahliaan Saari dan Hasnul selama setahun berkuat kuasa serta merta.

Namun pada 27 Oktober lalu, kedua-dua mereka mengemukakan rayuan terhadap hukuman berkenaan.

Saari dan Hasnul sebelum ini menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar ketika Selangor dilanda krisis jawatan tersebut.

Kedua-dua Adun itu kemudiannya dipanggil oleh Jawatankuasa PAS Pusat bagi memberi penjelasan berhubung tindakan mereka menyokong pencalonan Dr Wan Azizah dan membuat kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana