Pas Dan Dap Kini Pakatan Pakat Halau Menghalau – Ruslan

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Parti Pas dan Dap hari ini dilihat saling halau-menghalau di antara satu sama lain  keluar dari Pakatan Pembangkang yang menggambarkan hubungan yang semakin tegang di antara kedua-dua buah parti di dalam pakatan pembangkang itu, demikian menurut bekas Ketua Penerangan Keadilan Rakyat, Haji Ruslan Kassim.

Menurut beliau, isu keluar dari pakatan ini sudah beberapa kali diutarakan oleh kedua-dua kepimpinan parti tersebut, malah saling berbalas kenyataan tidak terkesan sekiranya salah satu parti tersebut membuat keputusan untuk keluar pakatan.

“Isu halau menghalau ini bagi saya sudah cukup untuk menggambarkan betapa kritikalnya hubungan antara Pas dan juga Dap. Saya lihat ini pertelagahan antara kedua-dua parti ini semakin berlarutan semenjak isu kepimpinan MB Selangor, di mana Dap membuat kenyataan bahawa Pas tidak boleh dipercayai.

“Dan semenjak itu saya lihat, kepimpinan Dap dan Pas saling berbalas kenyataan dalam pelbagai isu remeh sehinggalah membawa kepada isu keluar dari pakatan di mana saya lihat, kepimpinan Pas dan Dap seolah-olah saling halau menghalau antara satu sama lain,” jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Isu pertembungan ideologi dan pendekatan politik antara Pas dan Dap bukanlah baru, malah ketika parti-parti pembangkang membentuk Barisan Alternatif dahulu pun, Pas dan Dap saling bertelagah sehingga akhirnya Dap membuat keputusan untuk meninggalkan Barisan Alternatif.

“Hari ini, kita dapat lihat serangan kepimpinan Dap terhadap pucuk pimpinan Pas, Datuk Seri Hadi Awang berterusan, seolah-olah ingin mendesak beliau agar turun daripada tampuk pemerintahan parti tersebut.

“Sudah tentunya, tindakan Dap ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kepimpinan Pas yang lain, khususnya golongan pemimpin pro ulama, maka bermula kenyataan balas membalas antara kedua-dua kepimpinan parti tersebut.

“Ini bagi saya merupakan bukan lagi benih, tetapi pertelingkahan ini sudah berkembang mekar menjadi bunga-bunga perpecahan Pakatan Pembangkang. Sekiranya salah satu parti, samada Dap atau pun Pas keluar daripada pakatan pembangkang, maka ianya akan hancur sama sepertimana Barisan Alternatif sebelum ini,” jelasnya.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengingatkan DAP supaya tidak mencampuri urusan dalaman PAS dan berkata bahawa DAP dialu-alukan untuk meninggalkan Pakatan Rakyat jika tidak senang dengan parti Islam itu.

Beliau dilaporkan berkata sekiranya Lim Guan Eng dan Dap mahu keluar daripada pakatan pembangkang, maka dipersilakan namun jangan cuba-cuba untuk mendesak Pas keluar dari pakatan pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana