PAS Celaru Terima Atau Halau DAP Dari Pakatan

KUALA LUMPUR 20 Nov - Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan laporan berita mengatakan beliau meminta DAP keluar dari Pakatan Rakyat (PR).

Katanya, parti komonen PR tidak berhak membuat kenyataan seumpama itu kepada rakan parti lain.

"Mengarut itu. Mana ada saya minta DAP keluar macam itu," katanya yang dipetik Malaysian Insider.

Sebelum ini,  Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan 1, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mengeluarkan kenyataan mengalu-alukan DAP untuk 'angkat kaki' sekiranya tidak senang dengan PAS dalam PR.

Katanya, DAP seringkali menggunakan isu kecil sebagai usaha untuk menyingkirkan PAS dari pakatan pembangkang.

“Kalau Lim Guan Eng nak keluar pakatan, silakan. Kalau DAP nak keluar pakatan, keluarlah. Jangan desak Pas untuk keluar pakatan,” kata Mohd. Amar.

Tuan Ibrahim dalam pada itu mengingatkan kepada rakan pakatan untuk menggunakan saluran tepat dalam menyelesaikan kemelut antara parti komponen.

"Kalau ada rasa tidak puas hati, seharusnya perlu menggunakan saluran yang betul. Saya salah seorang ahli jawatankuasa pimpinan tertinggi parti. Jadi, kalau ada yang tidak puas hati, boleh bawa dalam mesyuarat atau panggil sahaja untuk bincang hati ke hati.

"Bercerita kepada umum bukan cara terbaik, malah boleh menimbulkan lebih banyak konflik. Seperti saya katakan, jika ada yang rasa tidak boleh duduk dalam PR, mereka boleh tarik diri. Dalam PR tiada tiket keluar, ada tiket masuk sahaja. Jadi kenalah undur diri," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana