Pakatan Rakyat gagal lagi nak batal PRU13 guna dakwaan dakwat kekal pincang

Usaha Pakatan Rakyat untuk batalkan seluruh pilihanraya umum ke 13 guna dakwaan konon dakwat kekal pincang gagal lagi.
Pada 7 Februari lalu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sudah menolak saman mereka supaya diadakan pilihanraya umum semula atas alasan berkenaan.

Pagi Jumaat Mahkamah Rayuan di Putrajaya perkuatkan keputusan berkenaan dengan menolak rayuan Pakatan Rakyat itu.

Penal tiga hakim membuat keputusan menolak kerana ia tidak mempunyai kuasa membicarakan kes melibatkan pilihanraya.

Hakim Alizatul Khair Osman kata kes seumpama itu hanya boleh dibuat menerusi satu petisyen di mahkamah pilihanraya.

Saman berkenaan difailkan oleh calon PKR di kawasan Parlimen Kulim Bandar Bharu Datuk Saifuddin Nasution,Dr Dzulkefly Ahmad,calon PAS di Parlimen Kuala Selangor dan M. Manogaran calon DAP di Cameron Highlands.

Mereka disertai oleh dua pengundi Arifin Abd Rahman dan Abbo Rajoo.

Dalam saman itu mereka juga mohon penyingkiran tujuh ahli Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia termasuk Pengerusi,Tan Sri Aziz Yusof atas dakwaan penyelewengan dalam melaksana pengunaan dakwaat kekal.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana