Pakatan Rakyat Cuba Desak Hadi Letak Jawatan?

Kuala Lumpur, 10 Nov – Konflik dalaman pakatan rakyat makin meruncing. Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS dilihat sebagai “batu penghalang” dalam perancangan “kotor” pakatan rakyat. Dengan erti kata lain fahaman dan pendirian pakatan rakyat terlalu jauh berbeza dengan parti PAS. Sememangnya DAP , PKR dan PAS tidak pernah sehaluan melainkan mahu menumbangkan Barisan Nasional. Mereka tidak mungkin dapat bergabung sehati sejiwa untuk memerintah Malaysia.

Sebenarnya sikap pakatan rakyat itu sendiri yang dilihat tidak pernah menghormati prinsip dan pendirian PAS merupakan punya utama PAS jauh hati dari pakatan rakyat atau dengan lebih tepat lagi Haji Hadi Awang tahu bahawa beliau dan PAS telah dihina dengan begitu teruk sehingga menjejaskan maruah diri, keluarga dan parti PAS.

Isu yang timbul sejak kebelakangan ini telah benar-benar menghakis kepercayaan ahli tegar PAS sendiri terhadap parti mereka. Namun begitu, mereka tahu bahawa wujud gerakan yang secara halus membawa masuk ahli PAS yang tidak sehaluan dengan kepimpinan Haji Hadi Awang dan Nik Aziz. Mereka ini digelar Anwarinas ataupun PASMA. Dengan itu pihak pakatan rakyat akan menggunakan “orang-orang” Anwarinas atau PASMA ini untuk mendesak kepimpinan tertinggi PAS untuk “menurut” kata mereka.

Baru-baru ini agak kecoh di kalangan ahli PAS kononnya Haji Hadi Awang telah dipujuk oleh rakan-rakannya agar berundur demi masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat dengan menggunakan masalah kesihatannya sebagai umpan untuk tidak melayakkan Hadi Awang untuk terus memimpin PAS.

Orang-orang suruhan pakatan rakyat ini juga turut menggunakan alasan kononnya dengan pengunduran Haji Hadi Awang maka PAS akan boleh memperbaiki hubungan mereka bersama PKR dan DAP yang semakin keruh disebabkan sikap dingin presiden PAS itu ekoran krisis Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

Pakatan rakyat perlu tahu bahawa rakyat tidak “buta”. Mereka tahu bahawa pakatan rakyat hanya cuba mempergunakan PAS sesuka hati mereka tanpa memperdulikan prinsip dan maruah PAS. Sikap menghalalcarakan apa sahaja demi matlamat kerakusan kuasa tanpa batasan bakal menjadi “kain kapan” pakatan rakyat itu sendiri.

Mereka lupa bahawa Malaysia masih lagi mengekalkan nilai ketimuran dan kelembitan dalam berpolitik. Sikap terlalu agresif dan melampau pakatan rakyat akan membuatkan rakyat makin meluat dengan agenda politik mereka. Semakin kuat mereka menganiaya Haji Hadi Awang maka semakin jauh lah sokongan ahli PAS dan orang Melayu terhadap pakatan rakyat.

Selain daripada itu, pakatan rakyat turut menggunakan alasan Hadi tidak menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden PR sejak tidak bersetuju dengan tindakan PKR dan DAP untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor pada Ogos lepas. Tambahan pula kesihatan Hadi juga tidak begitu baik sejak mengalami sesak nafas dan dimasukkan ke hospital di Istanbul, Turki pada Mei.

Percanggahan pendapat yang makin ketara diantara pakatan rakyat dan Hadi Awang lah merupakan sebab utama mengapa mereka bersungguh-sungguh mahu menyingkirkan beliau. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut memberi amaran kemungkinan PAS akan meninggalkan gabungan itu sekiranya presidennya terus tidak memberikan komitmen. Oleh itu mereka dilihat mahu menukar pemimpin tertinggi PAS sebagai cara untuk terus menguasai parti itu. Oleh itu ahli PAS sendiri lah yang perlu menyelamatkan PAS dari terus diperkudakan oleh DAP dan PKR. Nasib mereka di dalam tangan mereka sendiri. Fikir-fikirkanlah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana