Pakatan hanya mahu menunjuk-nunjuk beri peruntukan kepada BN Selangor

SHAH ALAM: Penganalisis politik Prof Dr Jayum Jawan, mengkritik tindakan kerajaan Pakatan Rakyat apabila memberikan peruntukan yang tidak adil kepada pembangkang di Selangor.

Sambil menyifatkan kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Azmin Ali sekadar mahu menunjuk-nunjuk apabila hanya RM200,000 setahun yang diterima ADUN Barisan Nasional (BN) berbanding RM700,000 yang diberikan kepada ADUN Pakatan.

"Kalau tak nak bagi, tak payah bagi langsunglah. Seperti juga (negeri) BN tak bagi (kepada pembangkang). Memberi sedikit tu bukan bermaknanya bagus tapi hanya nak menunjukkan mereka tu lebih baik daripada BN. Itu sahaja yang mereka nak tunjukkan.

"Memang begitu, tidak ikhlas. Kalau nak bagi kena bagi penuhlah. Kenapa bagi RM200,000, kenapa tak RM700,000 seperti orang lain (ADUN Pakatan)," katanya kepada Antarapos.

Hari ini kesemua ADUN BN menolak pemberian peruntukan tersebut dan menyifatkannya sebagai tidak berlandaskan keikhlasan dan keadilan.

Perkara ini diputuskan oleh Ketua Pembangkang DUN, Datuk Shamsudin Lias atas dasar maruah dan prinsip.

Malah Jayum turut menyokong tindakan ADUN BN ini, yang dilihat seperti mendiskriminasi wakil rakyat sekali gus menjejaskan pembangunan yang sepatutnya diterima oleh rakyat Selangor di kawasan berkenaan.

"Wajarlah ditolak, macam itu (tindakan) dihina. Apa yang saya faham RM700,000 itu untuk seseorang ADUN menjalankan pembangunan di kawasan dia. Jadi itu sepatutnya (diberi) secara penuh.

"Kerana itu satu tindakan mendiskriminasi, mereka tu semua ADUN sepatutnya semua menerima peruntukan yang samalah untuk kebaikan rakyat.

Semalam Azmin mengumumkan bersetuju memperuntukkan RM200,000 setahun kepada ADUN pembangkang, bagi menjalankan program Mesra Rakyat dan meningkatkan khidmat wakil rakyat di DUN masing-masing.

Selain ADUN pembangkang, peruntukan tersebut turut diberikan kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim.

Azmin bagaimanapun mengumumkan ADUN Pakatan turut mendapat peruntukkan yang ditambah iaitu sebanyak RM700,000 setahun.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana