Pakar pelbagai bidang digesa bantu agamawan tolak LBGT

KUALA LUMPUR: Pakar daripada pelbagai bidang digesa tampil membantu Sarjana Islam dalam membuktikan golongan membuktikan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) adalah salah dan berdosa, kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mohamad.

Katanya, bantuan itu perlu bagi memperkukuhkan sekaligus menolak hujah yang digunapakai golongan LBGT bahawa kejadian mereka adalah gejala Masalah Identiti Gender (GID).

"Pengaruh daripada barat adalah sukar untuk orang Islam menolak.

"Kita hormati cendekiawan Islam dan pengetahuan agama mereka tetapi selain itu, kita perlu pakar dalam bidang lain untuk memberikan input dan sebab selain daripada mengatakan bahawa LGBT itu adalah salah dan dosa.

“Kita perlu memiliki pakar dalam bidang lain seperti pakar dalam bidang sains dan perilaku masyarakat bagi mencabar liberalisme barat ini," katanya semasa menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kuala Lumpur Summit 2014.

Dalam sidang media selepas itu, Mahathir mengakui bahawa jantina bagi setiap manusia kadangkala tidak dapat ditentukan.

Oleh itu, timbul masalah baru apabila ada golongan lelaki yang berpakaian seperti wanita dan sebaliknya.

"Kita harus ingat, ada manusia yang dilahir tak tentu jantinanya, ada nampak macam lelaki tetapi wanita. Ada nampak macam perempuan tapi sebenarnya lelaki.

“Jadi perasaan dia itu berbeza daripada rupa. Sebab itu kita dapati ada orang nampak macam wanita tapi sebenarnya lelaki, ada pula sebaliknya.

"Ini masalah semasa. Dulu tak ada masalah. Dulu perempuan macam ini, lelaki macam ini. Tetapi sekarang berbeza," katanya.

Selain itu, ketika ditanya adakah wajar sekiranya hakim mahkamah sivil dan mahkamah syariah diletakkan bersama di dalam sesebuah perbicaraan, Mahathir berkata ianya terpulang kepada kerajaan.

"Itu terpulang pada kerajaan nak fikir macam mana," katanya ringkas.

Perdebatan mengenai hak golongan LGBT dan hukum ke atasnya kembali menjadi perhatian susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengiktiraf hak golongan transgender berpakaian serta berkelakuan seperti wanita.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana