Padan Mukanya....Habuan seks: Pegawai kanan kerajaan direman

ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memperoleh perintah Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini untuk menahan reman seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta habuan berupa layanan seks.
 
Lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan oleh pegawai SPRM di sebuah hotel di Jalan Putra di sini, pada kira-kira 2 petang semalam.
 
Perintah itu dikeluarkan Majistret Umzarul An-Nur Umar bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009.
 
Dia dipercayai meminta layanan seks daripada ibu-ibu tunggal sebagai habuan untuk membantu meluluskan permohonan rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kedah.
 
Tangkapan berkenaan dibuat selepas SPRM menjalankan intipan sejak beberapa bulan lalu dan difahamkan antara yang menjadi mangsa ialah ibu tunggal berusia 20-an. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana