OTAK PAK SAMAD TAK BOLEH TERIMA UMNO...NAMA SAJA SASTERAWAN...BODOH

Dalam satu kenyataan, Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said mengutuk kerajaan Umno tanpa rasa bersalah ketika berucap dalam satu forum pada Isnin lalu.
Katanya, sememangnya tidak masuk akal mengatakan orang Melayu dan agama Islam di Malaysia diancam, selepas 57 tahun negara dikuasai Umno yang kononnya mempertahankan Melayu.
Sehubungan dengan itu, Pak Samad juga berkata, pemerintahan tertinggi serta jawatan penting dalam pentadbiran negara dikuasai ‘bangsawan’ Melayu dari Umno selepas merdeka.

"Kata-kata bahawa orang Melayu dan Islam kini sedang terancam sukar masuk otak saya."
"Sejak merdeka, Perdana Menteri semuanya Melayu, Timbalan Perdana Menteri semuanya Melayu, Menteri Dalam Negeri semuanya Melayu, malah Menteri Besar kebanyakannya Melayu."
"Ini tidak termasuk Raja-raja Melayu, tentera dan polis yang majoritinya orang Melayu,” katanya yang lebih dikenali ramai dengan nama ‘Pak Samad’ dalam forum ‘Adakah Melayu dan Islam diancam?" anjuran Roketkini 24 November lalu.

Jelasnya, tiada alasan untuk mana-mana pihak mengeluarkan dakwaan sedemikian melainkan untuk mendapatkan sokongan politik semata-mata.Baru-baru ini, kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Ibrahim Abu Shah yang menyatakan masa depan Melayu ‘gelap dan malang’ jika Umno tidak lagi memerintah negara turut disangkal oleh Pak Samad.

Sementara itu, Presiden Ikatan Muslim Malaysia, Abdullah Zaik menyifatkan rasa terancam orang Melayu merupakan perkara yang sihat.Manakala Pak Samad pula menambah, sekiranya dakwaan tersebut adalah benar, pihak yang harus memikul tanggungjawab adalah golongan ‘bangsawan’ Melayu yang gagal memainkan peranan.

"Apakah mereka yang ramai di puncak (kuasa) ini begitu ‘lembik’, hingga menyebabkan orang Melayu terancam?" soal Pak Samad.

Sasterawan Negara itu mendakwa fenomena Melayu dan Islam terancam datang secara bermusim iaitu ketika pilihan raya dan perhimpunan agung Umno.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana