NOH OMAR Mengamuk!Pasal Kritikan Tun Mahathir Pada UMNO Selangor

Seperti diduga, Noh Omar tidak cukup cerdik untuk faham apa yang dimaksudkan oleh Tun Dr. Mahathir di dalam tulisan terbarunya apabila menyarankan UMNO Selangor dibubarkan dan disusun semula. Sebaliknya Noh Omar yang terlalu bengang kerana UMNO Selangor yang dipimpinnya berada pada dasar yang paling teruk, selain UMNO Selangor sendiri yang hanya kreatif untuk re-treat tetapi tidak ada daya usaha, tulang dan otak untuk mendaftar pengundi baru, apatah lagi menjaga pengundi-pengundi setia mahupun mengepung pengundi-pengundi di atas pagar bersama-sama parti-parti komponen Barisan Nasional Selangor, ditegur dan menjadi perhatian khusus Tun Dr. Mahathir.

Sememangnya sesiapa sahaja yang waras pun akan melihat kepincangan teruk UMNO di Selangor. Pincang UMNO bererti pincanglah keseluruhan Barisan Nasional memandangkan Barisan Nasional di Semenanjung, terlalu bergantung kepada UMNO. MCA, MIC, GERAKAN dan PPP tanpa UMNO, tidak akan memperolehi walau satu kerusi Parlimen atau DUN pun.

Noh Omar sepatutnya menerima cabaran Tun Dr. Mahathir sebagaimana dia sanggup dan beria-ia mahu menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor dengan mengusahakan kesungguhan dan membuktikan keberkesanannya dalam UMNO Selangor.

Sungguh mengecewakan apabila teguran yang diberikan oleh Tun Mahathir, dibalas kembali dengan soalan, 'Zaman siapa bermulanya politik wang?" yang cuba dikaitkan dengan Tun Mahathir.

Pengalihan seperti ini banyak dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Tidak sangka pula, Ketua UMNO Selangor menggunakan kaedah yang sama. Tidak menjawab teguran dan kritikan di atas kepimpinannya, tetapi membawa politik menyeleweng, lain yang dicubit, lain yang sakit.

Tiada satu pun kenyataan oleh Tun Dr. Mahathir yang mendesak Noh Omar meletak jawatan, baik dalam UMNO mahupun sebagai Ahli Parlimen. Sebaliknya yang diberitahu oleh Tun Dr. Mahathir ialah, UMNO Selangor perlu dibubarkan dan disusun semula bagi mengembalikan kekuatan selain pengaturan strategi untuk menawan Selangor semula.

Malangnya standard pemimpin cokia seperti Noh Omar, hanya mempunyai alasan-alasan remeh untuk mempertahankan diri Sama macam budak kecil yang ditangkap mencuri kemudian apabila terdesak memberi alasan, orang lain pun mencuri sama.

UMNO Selangor memang wajar dibubarkan dan disusun semula. Barisan kepimpinan UMNO Selangor yang dipilih bukan berdasarkan keupayaan dan kemahuan bekerja, perlu dibubarkan dan ahli-ahli UMNO perlu memilih para jeneral dan warlords yang lebih bertanggungjawab untuk UMNO, bukannya untuk diri sendiri.

Sampai bila Noh Omar dan para pengampunya yang berjawatan Ketua-Ketua Bahagian hendak sedar perkara sebenar?

Menyindir Tun Dr. Mahathir dengan cuba ulang balik alasan-alasan pembangkang yang lupa jasa Tun kepada negara, tidak akan menyelesaikan masalah atau memperkukuhkan UMNO Selangor. Sebaliknya inilah masalah nombor wahid kepada semua parti komponen Barisan Nasional dan NGO pro Kerajaan.

Mereka cukup cekap, lantang dan pantas apabila hendak menjawab teguran atau ritikan daripada orang seperti Tun Dr. Mahathir tetapi apabila dikritik dan dimaki hamun oleh pemimpin Pakatan Rakyat, masing-masing pakat tekup telur sendiri. Serangan Pakatan Rakyat ke atas Perdana Menteri dan Presiden UMNO secara peribadi, langsung tidak dibela, dibalas atau diserang sepertimana yang Noh lakukan kepada Tun Dr. Mahathir. Pembohongan yang dilakukan oleh puak-puak DAP, tidak langsung dijawab. Tetapi apabila ada teguran dan kritikan terhadap UMNO, bukan main lagi hebat jawapan balas yang diberikan.

Kalau sudah beginilah caranya, memang eloklah kalau berundur berbanding bubar dan susun balik UMNO Selangor. Buat apa jadi UMNO Selangor kalau yang kelihatan sekarang hanyalah pondan yang hanya tahu mencarut bila 'dagangannya' tidak laku dan dicemuh pelanggan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana