Nasrudin Tantawi : Guan Eng 'Tak Habis-Habis Lagi?'Baru Tahu Ker Perangai DAP

KUALA LUMPUR 5 Nov - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan dengan nada sinis tidak berminat untuk membalas sindiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mendakwa parti dalam PR sebagai parti yang cakap tidak serupa bikin.

Beliau berkata, beliau akan dituduh suka ‘pukul’ sesama sendiri jika membalas kenyataan tersebut.

“Kalau saya jawab, akan ada yang kata saya suka ‘pukul’ sama sendiri. Tapi saksikan apa yang pimpinan DAP ini lakukan.

“Tak habis-habis lagi. Maafkan saya selepas ini kalau saya tampil tegas mempertahankan wibawa pimpinan dan jemaah,” katanya melalui kemas kini status Facebook, malam tadi.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan menyindir rakan partinya yang disifatkan cakap tidak serupa bikin melalui ucapan Konvensyen DAP, baru-baru ini.

Namun, Guan Eng tidak menyebut nama parti itu tetapi dipercayai ia merujuk kepada Pas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana