Nasruddin soal apa dendam Guan Eng pada PAS dan Hadi...?

Kenyataan sinis dan terbuka Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kebelakangan ini mengenai PAS serta Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat seolah-olah seperti ada dendam.
Ahli Jawatankuasa PASPusat, Nasrudin Hassan dalam kenyataannya berkata, tindakan Guan Eng yang mempersoalkan kehadiran Abdul Hadi pada setiap mesyuarat PR juga sesuatu yang mengecewakan.

Menurutnya, Abdul Hadi bukanlah seperti yang didakwa kerana beliau seorang yang sangat tepati masa dan bertanggungjawab dengan amanahnya.

“Ketidakhadiran beliau ke mana-mana mesyuarat adalah sama ada beliau berkeuzuran, bertembung jadual dengan majlis penting atau lain keadaan yang tidak mengizinkan.

“Mereka yang mengenali peribadi Abdul Hadi secara dekat pasti tidak akan menafikan kenyataan saya ini. Tetapi saya lihat kenyataan Guan Eng berunsur dendam kesumat yang tidak kesampaian,” katanya.

Bernama melaporkan Nasrudin mengulas kata-kata Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP, dalam sebuah video yang disiarkan menerusi sebuah portal berita baru-baru ini, yang mendakwa Abdul Hadi sebagai seorang yang gila kuasa sebagai presiden parti, namun dalam masa sama sering kali ponteng mesyuarat Majlis Presiden PR.

"Mengapa Guan Eng bertindak begitu sejak kebelakangan ini? (Tindakannya) seolah-olah mahu memanaskan suhu politik sebagai tekanan kepada Pas dan percubaan mengeluarkan parti itu daripada PR.

“Apakah PAS dianggap sebagai liabiliti kepada mereka untuk mereka menang dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak kelak?” soalnya.

Nasrudin, yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, cara Guan Eng mengasak dengan terancang itu dan seperti mengambil peranan UMNO serta BN untuk terus memberi tekanan kepada PAS.

“Saya tidak tahu selama mana PAS boleh bersabar. Kerana, sedang kami mahu meredakan keadaan masalah dalaman PR, beliau timbulkan kembali isu yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

“Kononnya mahu menempelak Abdul Hadi dengan isu kehadiran mesyuarat, sedangkan kehadiran beliau (Guan Eng) ke mesyuarat itu juga sangat buruk. Kata budak-budak sekarang, kenyataan Guan Eng itu macam 'poyo' sahaja," katanya.

Menurutnya, setelah diamati perjalanan politik kesemuanya dengan masalah berbeza, kenyataan Guan Eng seakan-akan tidak mahu krisis tersebut tamat.

“Masalah dalaman parti atau luar parti (sebenarnya) adalah perkara biasa dalam dunia politik dan ia boleh diselesaikan dengan baik.

“Namun, apa yang lebih ketara, saya lihat seperti beliau mahu melepaskan beban atau membebaskan diri daripada suatu halangan yang menghantui beliau,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana