Najib : 'UMNO Selangor Masih Lembab'

KUALA LUMPUR 1 Nov - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak hari ini membidas gerak kerja UMNO Selangor yang disifatkannya masih lembab dalam menambat hati rakyat dan pengundi di negeri itu.

Perdana Menteri itu berkata, UMNO Selangor sepatutnya mengambil kesempatan ini untuk mendekati rakyat ketika gabungan parti pembangkang sedang berhadapan dengan krisis yang semakin tenat.

"Kita masih lembab lagi. Saya tengok angka, saya ingin katakan kita masih lembap lagi.

Kenapa tak tambah pengundi. Kenapa tak tambah ahli UMNO?

"Saya minta maaf sebab terpaksa bercakap dalam nada begini.

"Tetapi saya perlu berterus terang dan jujur," katanya ketika merasmikan Konvensyen UMNO Selangor di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, tengahari tadi.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar, Timbalan Pengerusi Datuk Abdul Shukur Idrus dan Pengarah Konvensyen merangkap Ketua Penerangan UMNO Selangor Datuk Zein Isma Ismail serta Ketua-Ketua Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Selangor.

Najib juga mengakui agak malu, letih, perit dan serik dengan kemelut politik UMNO Selangor yang masih tidak selesai sehingga menyebabkan kekalahan pada dua pilihan raya sebelum ini

Beliau berharap perkara sedemikian tidak berlaku lagi pada masa hadapan kerana merampas Selangor mesti menjadi kemestian utama.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana