Mustapha hairan mengapa baru sekarang DAP perbesar isu Hadi tak hadir mesyuarat...

Gayung bersambut...polimek antara PAS dan DAP mengenai isu Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang jarang hadir mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat jalan terus.

Gara-gara serangan terbaru Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Jumaat mengenai isu berkenaan,Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali tidak tunggu lama untuk bertindak balas menjawabnya.
Orang kuat Presiden PAS itu menilai hujah pemimpin muda DAP itu lari dari premis asal.

Beliau menegaskan Loke bukan sahaja mengubah premis asal, tetapi juga telah membuka kepada satu dimensi baharu yang menjurus kepada soal dalaman parti dan antara parti.

"Malah beliau (Loke) telah membuat olahan tentang PAS secara tidak berhemat dan tidak tepat," katanya seperti dipetik dari Harakahdaily pagi Sabtu.

Mustafa berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban semalam, yang kesal dengan pendirian beliau kerana menganggap ketidakhadiran Presiden PAS ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, sebagai perkara remeh yang tidak perlu diperbesarkan.

Mengulas lanjut Mustafa berkata, Pakatan Rakyat yang bermula sejak 2008 sehingga sekarang, sudah berpuluh kali mengadakan mesyuarat yang kadang kala tidak dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, dan telah membuat pelbagai keputusan.

Sepanjang tempoh itu juga katanya, segala keputusan yang dibuat, berjalan dengan baik tanpa menjejaskan perjalanan Pakatan Rakyat.

"Tetapi kenapa soal ketidakhadiran ini dibangkit dan diperbesar sekarang?" soal beliau.

Mustafa bagaimanapun berkata, beliau tidak berminat untuk memanjangkan polemik isu itu secara terbuka apatah lagi ia membabitkan soal dalaman parti dan antara parti, kerana ia tidak mendatangkan kebaikan kepada Pakatan Rakyat.

"Walau bagaimanapun, tidak jadi masalah kepada saya untuk bincang secara direct dengan beliau (Loke) dan mana-mana pimpinan DAP yang lain sebagaimana berlaku sebelum ini, sama ada soal dalaman parti atau antara parti, untuk kebaikan Pakatan Rakyat," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana