MP PAS dakwa desakan DAP terhadap Haji Hadi ada 'agenda' lain

Tindakan DAP yang berterusan membangkitkan soal ketidakhadiran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan PR dilihat ada 'agenda lain'.
Ini berikutan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng nampak pulun satu macam dok bangkitkan persoalan ini.

Ia menyebabkan Ahli Parlimen PAS Pasir MAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz merasakan desakan DAP itu seolah-olah mempunyai niat lain.

Anak Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat itu menegaskan ketidakhadiran bosnya itu dalam beberapa mesyuarat lalu mempunyai sebab tertentu dan tidak boleh dielakkan.

"Isu kehadiran mesyuarat itu semua orang tahu, kewajipan hadir, tidak hadir itu mesti ada sebab, jadi bila desak-desak itu, saya fikir sudah lain (niat)," katanya kepada di lobi parlimen pada Khamis.

Pada Rabu, Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang bermesyuarat malam sebelumnya sebulat suara menggesa Haji Hadi untuk hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada masa akan datang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, memandangkan Haji Hadi merupakan satu-satunya pemimpin yang boleh membuat keputusan dalam PAS, maka kehadiran beliau penting untuk mengukuhkan gabungan PKR dan DAP dalam PR.

Dalam pada itu, Nik Mohamad Abduh memberi jaminan isu kehadiran itu akan dibincangkan oleh pimpinan PR dan perkara lalu tidak wajar diulang dan diungkit.

"Saya fikir pihak pimpinan PR akan bincang benda ini, yang lepas itu, lepaslah," katanya lagi.

Sementara itu, Sinar Harian dalam laporannya mendakwa ada ada khabar angin Haji Hadi sedang dipujuk rakan-rakannya agar berundur demi masa depan Pas dalam PR, selain masalah kesihatan yang tidak melayakkannya untuk terus memimpin parti itu.

Laporan tersebut memetik  Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari yang mengingatkan semua pihak tidak perlu desakHaji Hadi untuk melepaskan jawatan.

Sebaliknya beliau berkata, PAS mempunyai mekanisme sendiri untuk menentukan barisan kepimpinan parti itu dan tidak memerlukan desakan mana-mana pihak.

“Pas ada muktamar sebagai kuasa memilih presiden, jadi mana-mana pihak yang berhasrat untuk menukar pimpinan tertinggi boleh mengemukakan calon semasa pemilihan (muktamar) itu nanti,” katanya.

Difahamkan, jika Abdul Hadi bersetuju (berundur), parti  itu boleh memperbaiki hubungan mereka bersama PKR dan DAP yang semakin keruh disebabkan sikap dingin presiden PAS itu.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menerajui PAS pada 2005 menggantikan Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana