MP Lumut ahli PAS sebelum 'dicuri' PKR - Pemuda PAS Tanjung Malim

Rasa tidak puas hati antara satu sama lain dalam Pakatan Rakyat nampaknya tidak boleh disembunyikan lagi.
Cerita aib yang dulu disimpan kemas kini mula terkeluar satu persatu. Semuanya gara-gara tindakan PKR dan DAP berterusan 'menyerang' Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikatakan mempunyai masalah displin.

Ini selepas kritikan bertubi-tubi dari PKR dan DAP terhadap ketidakhadiran Abdul Hadi ke mesyuarat Pakatan.

Ketua Pemuda PAS Tanjung Malim, Mohd Faiz Zainal berkata beliau terkilan apabila pimpinan PKR mula mempertikaikan disiplin kehadiran Abdul Hadi dalam mesyuarat pakatan.

"Sedarkah kalian bahawa kehadiran Abdul Hadi ke Mesyuarat Pakatan melebihi Lim Guan Eng yang lebih rajin memonteng. Kenapa pemontengan Guan Eng ini tidak dijadikan isu?" soal beliau dalam satu kenyataan media.

Beliau turut membangkitkan kisah PKR mengumumkan calon PRU13 untuk kerusi Parlimen Bagan Serai tanpa berbincang dengan Pakatan mahupun PAS.

"Apakah bentuk disiplin yang kalian perjuangkan..?" soal beliau.

Mohd Faiz turut mendedahkan kes 'mencuri' ahli, seperti yang berlaku kepada Ahli Parlimen Lumut Laksamana Pertama (B)  Imran Abd Hamid (gambar) yang merupakan Ketua Penerangan PAS kawasan ketika itu.

"Beliau menerima surat tawaran bertanding pilihanraya dengan syarat menjadi ahli PKR. Di manakah disiplin kalian...?" ujarnya.

Beliau mencadangkan kepada pimpinan PKR yang telah membangkitkan soal kehadiran Abdul Hadi dalam mesyuarat Pakatan agar mencermin diri terlebih dahulu.

"Ibarat seorang murid yang kerap lompat pagar dan ponteng sekolah mempertikaikan guru pakar yang tidak dapat hadir ke kelas kerana MC," katanya.

Pada Ahad, Dewan Ulama PAS 'menegur' pemimpin pembangkang daripada PKR dan DAP yang berterusan "menyerang" Abdul Hadi.

Pemangku ketua dewan ulama PAS Datuk Ahmad Yakob berkata jika benar mereka mahu membangkitkan isu berkenaan, rakan strategik PAS itu boleh menyalurkannya melalui forum dalaman pakatan berkenaan.

"Tidak comel kita bangkitkan perkara yang boleh menimbulkan keraguan di kalangan ahli dalam Pakatan Rakyat. Kita boleh selesai secara peringkat dalaman kerana kita ada forum di dalamnya (untuk meluahkan pendapat)," kata Ahmad.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan berkata "perkara bodoh untuk memaksa seseorang yang sakit hadir dalam mesyuarat".

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana