Model Terkenal Dijumpai Mati Bersama Anjing Peliharaan

Model beberapa produk terkemuka, Katerina Netolicka ditemui mati bersama dua anjing peliharaannya hanya beberapa hari selepas menyambut ulang tahun kelahirannya.

Lebih menyedihkan apabila mayatnya ditemui abangnya yang curiga apabila wanita jelita itu tidak menjawab panggilan telefonnya, menyebabkan abangnya memecah masuk ke kediaman adiknya itu.

Mayat model yang dikenali ramai menerusi iklan Prada, L'Oreal dan Elle itu ditemui dalam bilik mandi kediamannya.

Berusia 26 tahun, mayat Katerina ditemui dalam tab mandi di kediaman yang didiaminya bersama teman lelakinya, pemain hoki ais, Jakub Petruzalek, 29.

Ketika kejadian, atlet itu berada di Rusia untuk menyertai kejohanan hoki ais mewakili kelab Avtomobilist Yekaterinburg.

Pasangan itu tinggal bersama sejak lima tahun lalu.

Menurut rakannya, model yang mula melibatkan diri dalam kerjaya peragaan sejak 2004, selain aktif dalam sukan kick boxing apabila memenangi kejohanan Czech bulan lalu itu dikatakan berhadapan masalah kemurungan.

"Ada masanya dia sangat gembira dan pada masa lain tiba-tiba dia begitu tertekan dan pernah mencederakan dirinya."

Bagaimanapun, ada rakannya yang menjelaskan bahawa perbuatan mencederakan dirinya adalah sejarah kerana kini Katerina bahagia bersama teman lelakinya.

Kesedihan di kalangan peminat dan kenalannya mendorong mereka meluahkan perasaan simpati menerusi laman Facebook model itu kerana terlalu terkejut dan sedih di atas kejadian yang menimpanya.

Sementara itu, jurucakap polis, Lumila Svetlakova berkata: "Mayat seorang wanita muda ditemui di Litvinov, daerah Hamr.

"Bagaimanapun, punca kematian masih dalam siasatan."

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana