Misteri 200 nelayan ditahan... Menteri Luar Malaysia bersuara....


Cerita ini nampaknya tidak akan habis dalam sehari dua sekali tidak ada ketelusan maklumat dari pihak Indonesia.
Dakwaan seorang menteri kabinet negara itu kepada media antarabangsa bahawa mereka tahan 200 nelayan Malaysia bukan isu kecil.

200 orang itu mungkin melibatkan ratusan keluarga, tapi sehingga kini tidak ada pengesahan.

Petang Jumaat, Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman memberitahu sehingga kini, Kementerian Luar Negeri melalui Perwakilan Malaysia di Indonesia masih belum menerima sebarang notis konsular secara rasmi dari pihak Indonesia berhubung penangkapan tersebut.

"Kedutaan Besar Malaysia telah menghubungi Kementerian Luar Negeri Indonesia untuk mendapatkan pengesahan terutamanya mengenai maklumat pengenalan diri dan lokasi penahanan nelayan Malaysia tersebut. Sekiranya mereka disahkan rakyat Malaysia, bantuan konsular sewajarnya akan dihulurkan," kata beliau.

Kenyataan Anifah itu mengulas laporan media bahawa pihak berkuasa Indonesia telah menahan seramai 200 orang nelayan Malaysia yang didakwa telah menangkap ikan secara haram di perairan Indonesia.

Menurut laporan tersebut, Setiausaha Kabinet, Andi Widjajanto, menyatakan bahawa penangkapan ini adalah sebahagian daripada operasi mencegah penangkapan ikan secara haram oleh pihak berkuasa Indonesia yang bermula semenjak 17 November 2014.

Menurut Anifah, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) juga telah tidak menerima sebarang notis penangkapan nelayan Malaysia daripada pihak berkuasa Indonesia.

Bagaimanapun katanya, Kementerian Luar Negeri dan APMM sedang memantau perkembangan mengenai isu penahanan nelayan Malaysia ini.

"Malaysia dan Indonesia telah menandatangani “MOU In Respect of the Common Guidelines Concerning the Treatment of Fishermen by Maritime Law Enforcement Agencies of Malaysia and the Republic of Indonesia” pada 27 Januari 2012. Menerusi MOU tersebut, kedua-dua negara telah mencapai kesepakatan untuk hanya mengusi
dan tidak menangkap nelayan-nelayan yang didapati menangkap ikan di persempadanan maritim Malaysia-Indonesia," katanya.

Mengenai dakwaan bahawa Presiden Jokowi telah dipetik sebagai berkata ‘memberi arahan supaya kapal-kapal nelayan asing yang memasuki perairan Indonesia secara haram dikaramkan manakala anak kapal diselamatkan sebagai amaran keras kepada nelayan-nelayan tersebut’, beliau tidak percaya bahawa ini adalah suatu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh seorang Presiden dan akan menyiasat dakwaan ini.

"Kementerian Luar Negeri akan terus memantau perkembangan isu ini dan sentiasa bersedia memberikan khidmat dan bantuan konsular bagi menjaga kebajikan dan keselamatan warganegara Malaysia di luar negara,"katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana