MESEJ KEPADA SEMUA LIKERS!!! HATI-HATI!!! SEBARKAN!

Kisah Pham Van Thoai boleh dijadikan pedoman kepada kita semua, dari segi berjaga-jaga dan juga berpada-pada. Lelaki Vietnam ini telah menyimpan sejumlah duit yang banyak dan pergi ke Singapura semata-mata untuk membeli iPhone 6 sebagai hadiah hari lahir kepada teman wanitanya.

Beliau pun pergilah ke kedai “MOBILE AIR” dan membayar RM2440 untuk telefon pintar tersebut. AKAN TETAPI, beliau yang bekerja kilang dengan gaji RM440 sebulan tidak dibenarkan keluar sehinggalah beliau bayar pakej warranti hampir RM4000.

Oleh kerana tidak mampu bayar, Pham Van Thoai dengan sedihnya minta duitnya kembali, dan permintaan tukar menjadi rayuan sehinggakan beliau tersungkur ke lutut dan bersujud agar wangnya dipulangkan – tetapi staf-staf sekadar ketawa dan ejekkannya.

Polis Singapura dipanggil dan lelaki tersebut diberikan RM1030 tetapi tidak dibenarkan keluar dengan iPhone 6 itu. Dan video beliau merayu dengan hati yang remuk tersebar ke seluruh Singapura dan beberapa pengguna internet telah memulakan kempen untuk bantu lelaki malang ini. Dana yang dikumpulkan pada hari ini telah mencecah RM37,000.

Gabriel Kang yang disebalik tabir inisiatif kumpul dana ini mengumumkan dana tersebut akan digunakan untuk membeli Pham Van Thoai sebuah iPhone 6 128GB bersama beg yang Pham Van Thoai boleh guna untuk simpan makanan-makanan tempatan dan Gabriel Kang juga mahu Pham Van Thoai tahu bahawa Singapura bukannya negara pencuri dan penipu.

Mobile Air mempunyai reputasi yang buruk sehingga pihak berkuasa dapat 18 laporan dalam tahun ini. Penipu yang berkaitan tidak pulang ke rumah sehingga hari ini.

Berhati-hatilah. Sebarkan!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana