Melayu sudah lama terancam, apa dah jadi dengan Pak Samad?

“Bangsa Melayu yang dahulunya sebuah kuasa besar di Nusantara kini telah dijajah lalu berpecah dan sebahagian buminya telah dirampas.
“Ia masih menjadi sasaran kuasa-kuasa yang tamak. Keadaan paling teruk hari ini ialah penjajahan minda yang dialami oleh orang Melayu.

“Melayu sudah lama terancam, apa dah jadi dengan Pak Samad?”

Demikian respon Presiden ISMA Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman terhadap kenyataan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang menasihatkan agar masyarakat Melayu tidak taksub dengan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangsa itu kini semakin terancam.

Ujar Ustaz Abdullah, keadaan yang menimpa orang Melayu sejak dahulu hingga sekarang membuktikan wujudnya pelbagai ancaman yang dihadapi.

“Adakah masih perlu dibuktikan?” soal beliau.

Tambahnya, rasa terancam adalah satu naluri yang sihat bagi mereka yang faham cabaran politik hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana