MELAYU AKAN TEWAS JIKA UMNO TEWAS......

Orang Me­layu tidak akan dapat memerintah negara ini buat selama-lamanya sekiranya UMNO dan Barisan Nasional (BN) gagal memenangi Pi­lihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah turut menyifatkan negara dan orang Melayu akan mengalami suasana ‘gelap dan malang’ sekiranya parti itu tewas pada PRU 14.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Pendidikan UMNO berkata, bagi memastikan parti terbesar Melayu itu terus kekal relevan, sekali gus memastikan kemenangan pada PRU-14, UMNO perlu mengatasi masalah dalaman dan cabaran dari luar parti.

“Masalah dalaman khususnya perpaduan dalam kalangan ahli perlu diselesaikan segera dengan menyeru mereka supaya bermuhasabah diri dan bersatu tanpa mengambil kira kepentingan peribadi.
“UMNO dan BN perlu bergerak memberi penerangan dan meya­kinkan pengundi pelbagai peringkat dengan menggunakan semua platform media yang ada pada masa kini kerana penerangan itu amat penting. Kita tida boleh lagi mengambil mudah persepsi rakyat terhadap UMNO dan BN,” katanya selepas membentangkan kertas kerja dalam bengkel politik sempena Konvensyen UMNO Johor 2014, di sini, semalam.

Beliau berkata, kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melaksa­nakan pelbagai transformasi dalam usaha memperhebat, sekali gus memacu pembangunan negara.
Justeru, katanya, tiada sebab bagi rakyat tidak mahu memberi soko­ngan dengan menyokong perjuangan UMNO dan BN kerana hanya parti itu yang boleh memerintah negara dan bukannya parti lain yang jelas mempunyai idealogi berbeza.

“Jadi, konvensyen ini antara lain perlu menjadi platform untuk UMNO menyedari suasana dan cabaran politik pada masa kini supaya dapat bersiap sedia dalam menghadapi ancaman yang boleh melemahkan parti,” katanya.

Pada masa sama, Ibrahim berkata, teguran yang dibuat Presiden Parti terhadap UMNO Selangor baru-baru ini perlu dijadikan per­ingatan untuk semua jentera parti di seluruh negara untuk terus be­kerja bagi memenangi hati rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana