Mat Yo dikecam di laman sosial....


SHAH ALAM: Kekalahan Johor Darul Takzim (JDT) di tangan Pahang malam tadi menyaksikan salah seorang pemainnya, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo teruk dihentam penyokong bola sepak di laman sosial.

Malah, kritikan dan kutukan terhadap pemain berkenaan menjadi viral di internet, dengan komen-komen negatif yang menyifatkannya sebagai dalang kekalahan JDT memenuhi hampir setiap dinding di laman Facebook dan Twitter.

Di laman sosial Whatsapp pula, bertebaran 'komik' dengan kata-kata sinis ditujukan kepada pemain tersebut kerana gagal menyempurnakan sepakan penalti, sekaligus menyebabkan kemenangan kepada pasukan Pahang.                                                                      
Tidak kurang juga ada penyokong yang terlalu kecewa dengan bekas pemain Kelantan itu sehingga 'melelong' beliau di laman Mudah.my dengan nilai serendah RM 2.00

Dalam saingan merebut Piala Malaysia 2014, di Stadium Bukit Jalil malam tadi, JDT dan Pahang pada mulanya terikat dengan kedudukan 2-2 dalam tempoh permainan sebenar 90 minit.

Kedua-dua pasukan berkenaan juga gagal mencipta jaringan walaupun dalam diheret dalam masa tambahan 30 minit, menyebabkan kedua-duanya terus diheret ke dalam penentuan sepakan penalti.

Dalam tiga sepakan penalti pertama, kedua-dua pasukan beraksi cemerlang apabila pemain yang ditampilkan berjaya menyepak membolosi gawang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana