MAS pecat pramugara didakwa terbabit kes serangan seksual

KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia (MAS) memecat seorang pramugara yang kini ditahan disebuah pusat tahanan di Paris walaupun dia belum lagi dituduh dan dibicarakan atas tuduhan serangan seksual, kata kesatuan atendan kapal terbang syarikat penerbangan itu.

Kesatuan yang mengecam pembuangan kerja itu berkata, tindakan MAS adalah menyalahi undang-undang dan berlawanan dengan hak asasi.

Presiden Kesatuan Pramugara Malaysia (Nufam), Ismail Nasaruddin memberitahu The Malaysian Insider, pekerja yang berkhidmat dengan MAS selama 32 tahun itu diberitahu mengenai pembuangan kerjanya melalui surat dihantar ke rumahnya di Lembah Klang dua minggu selepas kejadian berkenaan berlaku.

“Ini tindakan luar biasa kerana surat itu dikeluarkan ketika dia masih ditahan di pusat tahanan luar negara,” kata Ismail.

Katanya, MAS memberi pramugara itu 60 hari untuk merayu terhadap pembuangan kerja kerana salah laku.

“Bagaimana dia hendak merayu sedangkan dia tidak tahu dia sudah dibuang kerja?” beliau bertanya.

Kesatuan berkenaan merujuk kepada Jabatan Perhubungan Industri untuk membolehkan pekerja berusia 57 tahun itu diambil bekerja semula.

Ismail mendakwa MAS mengambil sikap menjauhkan diri daripada kes berkenaan dan tidak memberi sebarang bantuan kepada keluarga pramugara itu.

“Pihak yang menghulurkan bantuan kepada ahli kami dan keluarganya adalah Kedutaan Malaysia di Paris,” kata Ismail yang juga tidak berpuas hati dengan cara MAS menangani kes berkenaan.

Beliau berkata MAS tidak mahu terbabit dengan kes ini kerana ia juga dihimpit oleh publisiti negatif berikutan tragedi penerbangan MH370 dan MH17.

Dalam perkembangan berikutnya, MAS mengesahkan ia sudah menamatkan perkhidmatan seorang pramugara yang ditahan di sebuah pusat tahanan di Paris sejak Ogos lalu atas tuduhan mencabul seorang penumpang.

Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan nasional itu berkata ia tidak boleh mengulas lanjut kes berkenaan kerana ia kini di bawah seliaan Jabatan Perhubungan Industri.

“Penerbangan Malaysia tidak boleh mengulas lanjut kerana ia kini di bawah tadbir pihak berkuasa dan kami mengesahkan lelaki itu bukan lagi kakitangan syarikat ini,” tambah kenyataan berkenaan.

Pramugara itu ditahan pada 7 Ogos lalu selepas seorang penumpang Australia Laura Bushney, 26, mengadu dia dicabul dua kali oleh lelaki berkenaan ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Paris.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana