Mana Rafizi?... tuduh lepas itu hilang...kemudian muncul melalui kenyataan

Drama apa Rafizi Ramli nak main.Pandai tuduh lepas itu hilang.
Ahli Parlimen PKR Pandan ini tidak hadir ketika Dewan Rakyat pagi Isnin hendak bincang usul beliau dakwa Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan kelirukan dewan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bukan setakat itu Setiausaha Agung PKR ini juga tidak mengemukakan dokumen-dokumen bukti pada dakwaannya berhubung satu surat sokongan kerajaan pada bond IMDB bernilai RM9.6 billion.

Usul beliau bertujuan untuk merujuk Ahmad Maslan kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen.Jika didapati bersalah jawatankuasa itu boleh kenakan tindakan.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang agak tersinggung dengan ketidakhadiran Rafizi berkata ," bila saya sudah sedia untuk buat keputusan Pandan tidak ada di sini"

Beliau juga memberitahu Ahli Parlimen itu juga beri sebarang dokumen menyokong dakwaannya sedangkan Kementerian Kewangan sudah beri dokumen-dokumen berkenaan.

Pandikar menegur gelagat Ahli Parlimen sendiri tidak hadir sidang dewan sedangkan mereka mendakwa Menteri dan Timbalan Menteri tidak hadir.

Ekoran Rafizi tidak hadir Dewan Rakyat telah menangguhkan perbahasan dan keputusan keatas usul berkenaan.

Rafizi pada Khamis menggesa Speaker membawa Timbalan Menteri Kewangan itu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan merujuk kepada peraturan Mesyuarat 36(12) dan 80A kerana telah memberikan kenyataan yang bercanggah dan mengelirukan dewan semasa penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015.

Speaker bagaimanapun menangguhkan ke hari Isnin usul tersebut kerana pihaknya memerlukan masa untuk menerima jawapan dan dokumen daripada kedua-dua belah pihak (kerajaan dan pembangkang) sebelum memutuskan keputusan itu.

Pandikar turut menegur sikap pihak yang pembangkang yang sering buat kecoh di Dewan Rakyat apabila seseorang menteri itu tidak hadir sedangkan pada masa yang sama mereka juga melakukan perkara yang sama.

“Apabila menteri tidak hadir, jangan tanya soalan kenapa tidak hadir kerana adakalanya bahawa sebelah sana (pembangkang) pun ada yang tidak hadir.

“Tetapi yakinlah bahawa Speakar tetap hadir dengan timbalan-timbalannya.

“Tidak ada satu persidangan pun yang kami bertiga tidak hadir walaupun hampir setiap hari mendengar segala hujah-hujah yang kita pernah dengar berpuluh kali,” katanya.

Dalam sesi soal lisan pagi Isnin, 10 soalan tidak terjawab disebabkan ketidakhadiran menteri yang bertanggungjawab dan ahli Parlimen yang mengemukakan soalan.

Dua menteri yang tidak berada di dalam dewan, Menteri Pengangkutan dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

Lapan ahli Parlimen yang tidak hadir terdiri daripada lima daripada pembangkang iaitu ahli Parlimen DAP Bagan, Lim Guan Eng; ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun; ahli Parlimen PKR Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas; ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz; dan ahli Parlimen PAS Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud.

Manakala tiga ahli Parlimen Barisan Nasional yang tidak hadir, ahli Parlimen Sepitang, Datuk Sapawi Ahmad Wasali; ahli Parlimen Setiu, Che Mohamad Zulkifly Jusoh dan ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Maslan dalam sidang akhbar di lobi Parlimen berkata Kementerian Kewangan menggesa Rafizi mengemukakan bukti bahawa kerajaan mengeluarkan surat jaminan explicit bernilai RM9.6 bilion.

Menurut Ahmad Maslan surat jaminan explicit kerajaan hanyalah untuk RM5.8 bilion dan bukan untuk RM9.6 bilion seperti yang didakwa Rafizi sebelum ini.

“Beliau perlu mengemukakan bukti atas dakwaan tersebut kerana kementerian sudah menyediakan dokumen untuk dibentang di dalam Dewan,” katanya.

Pada sidang akhbar itu Ahmad Maslan juga kata beliau tidak akan menghadiri forum berkaitan hutang 1MDB di The Club, Kuala Lumpur malam Rabu depan dianjurkan oleh sebuah NGO yang rapat dengan Rafizi.

Katanya beliau tidak menerima sebarang jemputan daripada penganjur.

Selain Ahmad, dikhabarkan turut hadir ke forum itu adalah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Mohd Hazem Abd Rahman, Rafizi sendiri dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mewakili Pakatan Rakyat (PR).
 
"Ini salah satu lagi usaha, bila tidak datang kata saya penakut. Cukuplah bagi saya menjawab di Parlimen," katanya sebagai mengulas hal berkenaan.

Beliau juga berkata Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Mohd Hazem Abd Rahman juga tidak akan hadiri.

Sementara itu pada sebelah petang baru Rafizi muncul.Namun menerusi kenyataan media saja.

Dalam kenyataan itu katanya beliau hendak meneruskan usul terhadap Ahmad Maslan.

Dakwanya beliau sudah serah dokumen-sokumen bukti kepada Speaker.

Katanya apa jua keputusan dibuat keatas usulnya terhadap Ahmad Maslan kalangan Ahli Parlimen Pakatan akan terus bercakap mengenai masalah IMDB.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana