MALAYSIAKINI, DAP & DATUK SAIFUDDIN NIAT JAHAT) Mohd Amar nafi laporan berita gilotin jadi pilihan laksana Hudud di Kelantan



KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah hari ini melahirkan rasa kesal dengan laporan sebuah portal berita yang bertajuk ‘Hukum Hudud: Gilotin Jadi Pilihan Di Kelantan’.

Mohd Amar berkata laporan itu tidak tepat dan menimbulkan salah faham masyarakat berhubung kaedah penggunaan 'gilotin' berkenaan.

“Apa yang berlaku dalam perbualan telefon tersebut adalah wartawan berkenaan yang telah mencadangkan kaedah 'gilotin' berkenaan berdasarkan 'pandangan awam'.

“Saya memaklumkan bahawa cadangan berkenaan boleh dipertimbang dan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Hudud, selepas kajian dilakukan,” katanya di dalam satu kenyataan hari ini.


Mohd Amar menerangkan bahawa mengaitkan beliau dengan cadangan berkenaan adalah kesilapan wartawan berkenaan yang seterusnya akan menjejaskan kefahaman  masyarakat dan menimbulkan kegusaran seterusnya merosakkan imej kerajaan negeri yang dalam rangka mendidik orang awam bagi memahami dan menerima hukum hudud.

Menurut laporan itu, Gilotin, peralatan yang digunakan untuk memenggal kepala Raja Perancis Louis XVI dan permaisurinya Marie Antoinette ketika zaman Revolusi Perancis 1793 ‘dijangka akan digunakan di Kelantan.’

Ini kerana kononnya Jawatankuasa Teknikal Hudud negeri itu dikatakan menghadapi kesukaran untuk mencari kaedah paling sesuai untuk memotong anggota badan seseorang yang disabitkan kesalahan mencuri dan mini gilotin ini menjadi pilihan.

Memetik kata-kata Mohd Amar, laporan itu berkata, ‘alat pemenggal kepala itu lebih cepat berkesan dan hanya memerlukan seorang sahaja untuk menarik tuil, dua orang memegang pesalah dan doktor untuk memastikan orang yang dihukum itu tidak mengalami sebarang kejutan.’

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana