Maklumat dari media sosial boleh digunakan di mahkamah, kata Zahid

KUALA LUMPUR: Undang-undang anti-keganasan akan membenarkan pihak berkuasa menggunakan maklumat yang diperolehi daripada media sosial untuk digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata undang-undang yang baru itu nanti merupakan pindaan daripada Akta Kesalahan, Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) atau mungkin diwujudkan sebagai akta yang berbeza.

Beliau berkata akta yang sama di bawah Akta Pencegahan Jenayah akan membenarkan pihak berkuasa menggunakan maklumat yang diperolehi daripada media sosial untuk dijadikan sebagai bahan bukti untuk memerangi gangsterisme.

"Perkara yang sama juga akan dilaksanakan bagi memerangi aktiviti pengganas," katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminat di Universiti Teknologi Malaysia di sini hari ini.

Pada masa ini, intipan komunikasi  tidak boleh dikemukakan sebagai keterangan di mahkamah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana