Mahasiswa jangan mudah terpedaya pembangkang...Sedarlàh Sebelum Terlambat

KUALA LUMPUR - Golongan mahasiswa diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan dakyah parti pembangkang sebaliknya perlu berfikir secara waras untuk meneruskan agenda transformasi negara.

Pengerusi Biro Pendidikan Umno, Tan Sri Prof Dr Ibrahim Shah Abu Shah yang memberikan peringatan itu berkata mahasiswa juga perlu bijak menilai segala perkara atau 'posting' pembangkang melalui media sosial.

"Mahasiswa berhak untuk membaca tetapi mereka harus memahami media baharu tidak memberikan 100 peratus fakta tepat malah lebih 50 peratus hanya pandangan negatif tidak berasaskan kepada fakta dan ilmu pengetahuan.

"Jangan mudah dipengaruhi dakyah pembangkang," katanya ketika memberi ucapan pembukaan pada hari kedua Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2014 (Pemanas) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau berkata, kebanyakan media sosial sekarang telah merosakkan pemikiran generasi muda kerana generasi itu mudah mempercayai 'posting' tanpa usul periksa.

"Itu kerisauan sekarang, yang mana generasi muda selalu terima maklumat dari media baharu tanpa berfikiran rasional. Anak muda sering menggunakan media baharu sehingga tidak melihat media lain.

"Oleh itu, kita kenalah bijak menilai yang baik atau buruk, dan sebelum buat persepsi dan kesimpulan, kita mesti  mendapatkan berita dan informasi tepat dari sumber sahih," katanya.

Ibrahim Shah mendakwa strategi parti pembangkang ialah untuk menghapuskan sokongan anak Melayu terhadap Umno dengan mempengaruhi graduan muda yang berpendidikan dengan persepsi dan propaganda untuk memecah-belahkan kesatuan bangsa.

Katanya, generasi muda perlu sedar bahawa Umno merupakan satu-satunya parti yang mampu membela nasib mereka secara keseluruhan pada masa hadapan, serta mengekalkan suasana politik yang stabil di negara kita.

"Bila kita (bangsa Melayu) tidak bersatu-padu, ia akan melemahkan dan menghancurkan kekuatan yang ada. Kalau orang bukan Islam mula memerintah negara, mereka akan menindas dan menzalimi orang Islam. Sebaliknya, orang Islammemerintah, bangsa lain akan tetap dijaga kebajikan mereka," jelas beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana