'Lawyers for Islam' sedia bantu...ALhamdulilah

SHAH ALAM:  Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menubuhkan kumpulan 'Lawyers for Islam' hari ini bagi membantu Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) berhubung keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lalu yang memutuskan Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan memperuntukkan hukuman terhadap golongan lelaki Islam berpakaian wanita di tempat awam melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Setiausaha Agung PGSM Moeis Basri berkata, pihaknya melalui kumpulan itu akan menemui MAIN Negeri Sembilan minggu depan untuk menawarkan bantuan seterusnya meminta rayuan kes itu dikemukakan.

"Kita akan menemui mereka dan meminta MAIN Negeri Sembilan memfailkan permohonan mencelah di dalam rayuan berkenaan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, selain kes berkenaan 'Lawyers For Islam' juga akan menawarkan bantuan kepada pihak kerajaan serta institusi berkaitan bagi mengkaji apa-apa keputusan mahkamah dari aspek perundangan dan yang berkaitan.

Katanya, keanggotaan kumpulan itu terdiri daripada peguambela dan peguamcara, peguam syarie serta peguam daripada pelbagai badan bukan kerajaan dalam jumlah yang tidak terhad.

Pada masa sama katanya, kumpulan itu juga akan bertindak sebagai Pasukan Tindakan Segera yang akan memberi respon terhadap isu semasa yang berkaitan dengan perundangan Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana