Lapan Pelajar UM Tidak Kisah Dibuang Universiti....Tak Apa ANWAR Kan Ada...Hu Hu Hu

KUALA LUMPUR 7 Nov - Lapan pelajar Universiti Malaya (UM) yang menyertai himpunan bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu, menyatakan tidak kisah dibuang dari pengajian sekiranya Lembaga Tatatertib universiti membuat keputusan sedemikian.

Naib Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Haw Yu Hong berkata, beliau tidak menyesal menyertai himpunan tersebut pertuduhan yang dikenakan pihak universiti terhadap lapan pelajar itu disifatkannya sebagai mengarut.

“Saya tahu akibat tindakan saya walaupun sebelum himpunan itu dan saya bersedia menghadapinya,” katanya yang dipetik Malaysian Insider.

“Saya tidak menyesal. Mental saya bersedia untuk berdepan dengan apa yang datang,” katanya.

Pada penghujung prosiding yang akan berlangsung selama 9 jam hari ini, pelajar akan tahu nasib mereka – sama ada hukuman kecil (denda RM200 atau surat amaran) atau penggantungan atau lebih teruk – dibuang daripada universiti.

Himpunan “Anwar Ibrahim: 40 tahun dari UM ke penjara” pada 27 Oktober dilarang pihak berkuasa universiti yang turut mengarahkan kampus ditutup sebelum program itu bermula untuk menghalang Anwar memasuki kawasan UM.

Khalayak merempuh pagar utama universiti hingga terbuka di pintu masuk Kuala Lumpur/Bangsar dan mara ke kawasan kampus. Anwar kemudian dapat masuk ke kampus dan menyampaikan ucapan di hadapan kira-kira 2,000 pelajar.

Empat hari kemudian, Haw dan tujuh lagi pelajar, termasuk Presiden PMUM Fahmi Zainol, diberikan notis tindakan tatatertib dan diarah menghadiri perbicaraan yang bakal bermula pagi ini.

Fahmi dikenakan sembilan pertuduhan, sementara Presiden Pro-Mahasiswa UM Safwan Shamsuddin berdepan tiga tuduhan dan yang lain, dua tuduhan setiap seorang.

Haw berkata pertuduhan itu mengarut dan tidak ada kaitan dan tugasnya hanya sedikit dalam menganjurkan himpunan berkenaan dan hanya menghubungi media.

“Saya bukan dalam jawatankuasa kerja. Jika saya didakwa kerana berdiri di situ, begitu juga dengan pegawai HEP (Hal Ehwal Pelajar),” katanya.

Melahirkan kekecewaannya terhadap universiti, Haw, 22, mengakui hanya kesal kerana mempercayai universiti itu.

“Saya menyesal kerana percaya kepada HEP, saya kesal kerana yakin dan mempercayai universiti. Ini bukan demokrasi tetapi monarki, diketuai naib canselor,” katanya.

Jika perkara paling buruk berlaku dan dia dibuang, Haw berkata dia mungkin menyambung impiannya sebagai pemuzik atau penulis lagu.

“Saya mungkin juga sambung belajar di luar negara tetapi dalam bidang lain,” kata pelajar tahun ketiga kejuruteraan itu, menambah ibu bapa, terutama bapanya sangat menyokong aktivisme yang disertainya.

Walaupun diancam dibuang universiti, Khairol Najib Hashim, 22, yang juga presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), berkata dia tidak takut berdepan dengan lembaga tatatertib.

“Hakikatnya, kami jadi lebih berani dan lantang selepas menerima surat itu. Saya sedia menghadapi apa juga keputusan prosiding itu,” katanya.

Pelajar tahun tiga Sains Politik Islam yang berdepan dua tuduhan itu berkata, ibu bapanya agak risau pada mulanya tetapi selepas mendengar penjelasan mengenai kedudukannya dan kesukaran dihadapi pelajar, mereka bersikap lebih menyokong.

“Mereka kini faham. Mereka tahu mengapa kami buat semua ini dan kenapa kami berada dalam kedudukan sekarang. Saya beritahu mereka Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tidak mengikut perlembagaan dan kita perlu menentangnya.

“Kita tidak sepatutnya menerima surat tatatertib itu. Ia melanggar hak kami sebagai pelajar mengikut Perlembagaan."

Pelajar tahun ketiga undang-undang Abraham Au, yang juga berdepan dua tuduhan berkata jika dia dibuang, dia akan menggunakan kes itu untuk merayu agar semakan kehakiman dibuat ke atas AUKU.

“Saya akan merayu kepada menteri (kerana dibuang) dan kemudian mohon semakan kehakiman.

“Ini akan jadi cara yang baik untuk membuang undang-undang tatatertib berdasarkan perlembagaan,” katanya.

Au berkata tuduhan yang dikenakan kepada lapan pelajar itu tidak adil kerana mereka tidak melanggar sempadan undang-undang.

“PMUM menyokong kebebasan akademik. Dan ini adalah kuliah akademik tetapi ia perlu berada dalam tekanan undang-undang. Saya rasa kami tidak melanggar undang-undang,” katanya.

Seperti ibu bapa Khairol, Au berkata ibu bapanya lebih menyokong selepas diberitahu mengenai susah payah pelajar dalam aktivisme di kampus.

“Kami berkorban untuk generasi masa depan, untuk kebebasan akademik dan banyak lagi. Ini tidak akan menghalang kami,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana